Maaf sila aktifkan javascript.

Cara Memasuki Laman Deep/Dark Web Menggunakan Telefon Pintar


Adakah boleh memasuki deep atau dark web dengan menggunakan telefon pintar?

Jawapannya ya, boleh. Kerana keperluan untuk memasuki laman tersebut ada satu sahaja iaitu 'Tor Browser' (Windows), dan untuk versi Android ianya adalah gabungan antara Orfox dan Orbot.

Orfox merupakan pelayar web Firefox yang telah dibuat modifikasi manakala Orbot pula ialah alat bagi mengaktifkan sambungan proksi yang menyokong laman berserta URL deep/dark web (.onion).

Tetapi sebenarnya ada cara yang lebih mudah. Hanya perlukan satu pelayar web sahaja, yang mana ia mempunyai sokongan proksi seperti Orbot namun ia terbina dalaman.

Ia dinamakan sebagai Fire.onion.


Fire.onion adalah alat yang paling efisien bagi para 'peminat' yang kepingin untuk memasuki laman deep/dark web namun dalam masa yang sama inginkan pelayar web dengan prestasi yang boleh diharap serta kurang menggunakan tenaga bateri.

Segalanya dilakukan secara automatik tanpa memerlukan interaksi langsung dari pengguna. Sebaik sahaja pengguna berjaya disambungkan ke rangkaian proksi, ia akan terus membawa pengguna kepada laman enjin carian DuckDuckGo, versi alamat pautan deep web, .onion.


Gambar di atas adalah contoh laman dalam deep web yang boleh diakses setelah menggunakan Fire.onion ini.

Cuma sedikit pesanan dari saya, apa pun yang anda lakukan, sila berhati-hati. Mungkin laman deep web adalah laman yang tidak diindeks oleh Google, jadi sebenarnya tiada apa yang terlampau istimewa melainkan ia perlu kepada sambungan proksi khusus untuk 'memberi' akses atau kebenaran kepada pengguna sebelum dapat melayarinya.

Namun kuncinya di situ. Disebabkan ia tidak diindeks menjadikan ia laman yang selesa untuk ditempati oleh para penjenayah dan orang-orang sakit jiwa yang sentiasa bersedia dan tidak akan pernah teragak-agak untuk menyusahkan hidup anda.

Jadi, sila berhati-hati, dan buka mata serta akal semasa membuat klik di mana-mana.

Muat turun: Fire.onion

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda jika anda rasa ia berguna.
Powered by Blogger.