Maaf sila aktifkan javascript.

HDKAN: Tonton Live TV Secara Percuma


Pada awalnya abam terasa seperti sedikit berat hendak menulis tentang aplikasi ini, dek kerana saluran televisyen yang 'bertapak' di Malaysia seperti OASIS dan MAYA tidak 'keluar' ketika cuba distrim.


Namun Live TV bukan tertumpu kepada saluran 'berasaskan' Malaysia sahaja. Oleh sebab itu abam perkenalkan juga kepada anda aplikasi HDKAN, yang mempunyai pelbagai saluran televisyen siaran langsung.


Dengan versi terbarunya 1.1.1, paparan antaramuka pengguna berubah begitu banyak sekali berbanding versi sebelumnya.

Masih lagi mempunyai sarikata berbahasa Cina, namun tetapan telah menggunakan bahasa Inggeris secara lalainya (default).


Selain itu, decoder juga telah ditetapkan secara automatik, bererti jika anda tukarkan kepada software sekalipun tiada sebarang muat turun tambahan yang akan dibuat seperti versi lama.

Jangan tanya, abam pun biarkan je setting camtu. Heheh.


Untuk gambar di atas, anda hanya perlu tandakan/centang kotak tersebut, dan klik pada tulisan berbahasa Cina itu. Ianya adalah tetapan untuk membenarkan aplikasi menggunakan bandwidth dari data mobil anda.

Aplikasi ini masih belum dapat melakukan penstriman terhadap saluran-saluran dari Malaysia yang tertentu, contohnya Astro Prima, Astro OASIS, AEC HD, MAYA HD, dan Astro ON Demand. Namun saluran-saluran lain nampaknya tiada masalah.

Klik pada 'logo Malaysia' untuk menyemak saluran

Beberapa saluran yang mudah dikenalpasti kerana namanya

Muat turun:




Powered by Blogger.