Maaf sila aktifkan javascript.

OnePlus Melepaskan Kemaskini OxygenOS Beta 16 (OnePlus 3) dan Beta 7 (OnePlus 3T)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai OnePlus
Tidak sampai beberapa minggu anda pakai OxygenOS Beta 15 dan Beta 6, ada kemaskini pula.
Ini lah manusia, bila tiada kemaskini, marah kemudian bila ada kemaskini marah. Bersyukurlah ada kemaskini daripada takda, tabahlah pengguna OnePlus One, 2 dan X.

Kita balik pada topik kita, hah kemaskini ni ada apa? Bawah ni changelog dia bagi kedua2 kemaskini bagi kedua2 model tersebut :

  • Baiki contacts berganda selepas kemaskini
  • Baiki ralat butang pencarian pada Contacts
  • Baiki ralat jam penggera tak berdering
  • Baiki ralat aplikasi gagal berfungsi
  • Baiki ralat tema hitam dan putih pada display
  • Penggunaan tenaga dioptimumkan
Bagaimana nak sedut ni? Ada dua pilihan sama ada melalaui OTA (pengguna yang dah root akan mengalami masalah ni) dan sedut dari laman sesawang rasmi OnePlus.

Seperti biasa untuk menguji ketahanan bateri tunggu seharian atau kitaran cas bateri.
Diingatkan bahawa selepas memasang OxygenOS Beta ni, kena flash TWRP recovery jika tidak ia akan gantikan dengan stock recovery. :P

Selamat mengemaskini peranti anda, Never Settle 
Powered by Blogger.