Maaf sila aktifkan javascript.

U Mobile Unlimited Hero P78 Menawarkan Plan Data Tanpa Had Paling Murah


Sebelum ini kita telah dikejutkan oleh webe yang menjadi pemula kepada 'gerakan' telco menyediakan perkhidmatan yang menawarkan data tanpa had dengan harga mampu bayar tiap-tiap bulan.

Kemudian disusuli pula dengan Digi, mengeluarkan dua plan yang kompetetif. Kali ini U Mobile pula membuat langkah yang sama, kini dengan U Mobile Unlimited Hero P78.

Menurut dari sumber, plan Unlimited Hero P78 ini seperti namanya, mempunyai komitmen bulanan sebanyak RM78, lantas menjadikan ia plan data tanpa had termurah berbanding webe (RM79) dan Digi Pospaid 80 Infinite (RM80).

Selain itu, antara perincian lain bagi plan ini ialah:

1. Memberikan data untuk tethering sebanyak 10GB.
2. Berkelajuan 5Mbps.
3. Kad sim tidak boleh digunakan pada MiFi.
4. 'Unlimited Video-Onz', tetapi dihadkan resolusi video kepada 480p.
5. 'Roam-Onz', iaitu 5GB data percuma di 12 negara (roaming countries).
6. Panggilan tanpa had, namun SMS dikenakan caj.
7. Sudah boleh dilanggan mulai 16 Mei, dan hanya akan ada untuk tempoh waktu terhad.

Maklumat lanjut akan menyusul di laman web rasmi U Mobile.

Boleh juga rujuk Tweeter U Mobile untuk mendapatkan maklumat berkenaan plan ni.

Gambar cover kredit kepada: Careentan.com
Powered by Blogger.