Maaf sila aktifkan javascript.

5 Aplikasi Penjimat Data Internet Pada Android


Terdapat beberapa cara untuk menjimatkan penggunaan data/kuota internet. Dalam post ini kita akan membicarakan tentang beberapa aplikasi yang mampu membantu kita mencapai matlamat tersebut.

Meskipun sekarang sudah terdapat beberapa telco di Malaysia yang menawarkan penggunaan data tanpa had seperti webe, Digi, dan U Mobile, namun cara menjimatkan data masih lagi relevan buat pelajar yang tidak mampu melanggan plan tanpa had yang agak tinggi juga bayaran bulanannya.

Cara-cara ini tidak memerlukan kemahiran tinggi, cukup sekadar tahu selongkar sedikit-sedikit aplikasi tersebut.

5 Aplikasi Penjimat Data

1. Opera Max - Data manager


Aplikasi ini rasanya sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Ia cukup popular di kalangan pengguna Android kerana selain ia membantu dalam menjimatkan penggunaan data, ia juga melakukan enkripsi terhadap rangkaian internet anda sekaligus sedikit-sebanyak melindungi data dari dapat dipantau oleh pihak ketiga.

Opera Max juga melakukan pemadatan data, memastikan sambungan internet lebih laju, dan penggunaan data/kuota lebih menjimatkan.

2. [Onavo] Protect Free VPN+Data Manager


Dahulunya aplikasi ini dikenali dengan nama Onavo Extend. Namun setelah beberapa tahun ia dibangunkan, ia dijenamakan semula kepada Protect Free VPN. Apa yang istimewanya tentang VPN ini ialah ia membantu menyekat penggunaan data yang tidak dikehendaki di latar belakang. Semakin lama ia digunakan, semakin baik ia berfungsi.

3. NEOPARD – data savings


Aplikasi bernama NEOPARD ini juga menggunakan kaedah penjimatan yang sama dengan Opera Max, iaitu memadatkan data melalui sambungan ke rangkaian VPN.


Ia bertindak terhadap semua aplikasi, dan juga memberi pilihan kepada pengguna itu sendiri untuk menentukan sama ada hendak menyekat data terhadap aplikasi tertentu, memilih aplikasi yang anda rasa boleh dioptimumkan penggunaan datanya oleh NEOPARD atau sebaliknya.

4. DataEye | Save Mobile Data


Dalam banyak-banyak aplikasi, DataEye ialah aplikasi yang paling ketat sekali kawalannya terhadap penggunaan data.


Secara lalainya, boleh dikatakan hampir kesemua aplikasi disekat penggunaan data, melainkan anda masukkan ia ke dalam senarai putih. Jika ada aplikasi yang tidak berfungsi, maka anda boleh semak dalam aplikasi ini sekiranya ia masuk dalam senarai aplikasi yang disekat.

5. DataWall: Data Monitor & Saver


Aplikasi terakhir ini pula bertindak sebagai 'personal firewall' pada telefon anda. Cara penggunaannya adalah yang paling mudah serta tidak rumit sama sekali. Anda cuma hanya perlu centang pada kotak di sebelah nama aplikasi yang anda mahu disekat penggunaan data padanya.

Cara ini berguna terhadap aplikasi yang anda curigai tujuan penggunaan internetnya.

Baiklah. Cukup setakat 5 aplikasi ini dahulu. Selepas ini mungkin kita boleh menjengah topik lain bagi menjimatkan penggunaan data, contohnya pelayar web pula. Seperti biasa, jangan lupa kongsikan artikel ini dengan rakan anda.
Powered by Blogger.