Maaf sila aktifkan javascript.

Kepintaran Tiruan Facebook Mencipta Bahasanya Sendiri Tanpa Input Manusia


Para pembangun dan pengkaji dari Facebook Artificial Intelligence Research (FAIR) telah menemukan satu perkara yang tidak dijangka-jangka, sewaktu mereka cuba menambahbaik chatbots mereka. Bot yang dikenali sebagai 'dialog agents' atau ejen dialog - telah mencipta bahasa 'mereka' sendiri.

Sama seperti beberapa teknologi sebelum ini yang menggunakan pembelajaran mesin (seperti SwiftKey dan GBoard), ejen-ejen dialog tersebut telah dibiarkan untuk berbicara secara bebas dalam percubaan untuk meningkatkan kemahiran berbual 'mereka'.


Lama-kelamaan, ejen-ejen tersebut mulai menyimpang atau tersasar dari norma-norma skrip, lalu mereka berkomunikasi sesama sendiri dalam bahasa baru yang tidak sama sekali mendapat input dari manusia.

Dalam percubaan menghasilkan bot perbualan bersama manusia yang lebih baik, apa yang terjadi ialah ia telah dapat berbual sesama sendiri dengan lebih baik pula tanpa kehadiran manusia.

Tetapi penemuan ini tidak terhenti di situ sahaja. Para pengkaji juga mendapati bot-bot itu telah menjadi perunding yang lebih pintar. Selepas memperlajari 'seni-seni' perundingan, ia mula bergantung kepada pembelajaran mesin dan strategi-strategi termaju dalam usaha untuk meningkatkan hasil dari perundingan.

Facebook bukan satu-satunya syarikat yang berusaha mencipta kepintaran tiruan. Google, Apple, Amazon, dan Samsung, masing-masing mempunyai pembantu alam maya yang dipandu oleh suara. Namun Facebook nampaknya lebih berminat membangunkan kepintaran tiruan berasaskan teks.

Kalau mereka bergabung, apa agaknya yang akan terjadi?
Powered by Blogger.