Maaf sila aktifkan javascript.

Kodi v18 'Leia': Akhirnya Bermigrasi Ke 64-Bit


Sekian lama Kodi (yang dahulunya dikenali dengan nama XBMC) dibangunkan, akhirnya ia kini sudah mula berjinak-jinak menjadi aplikasi 64-bit.

Menurut pembangun Kodi, tiada bukti kukuh yang menunjukkan bahawa peralihan kepada versi 64-bit memberikan prestasi aplikasi yang lebih baik. Namun setelah platform seperti Android, Linux, dan OSX juga mengadaptasi teknologi tersebut ke dalam firmware/sistem operasi mereka, juga format-format baru video telah menyebabkan para pembangunnya membuka mata terhadap keperluan peralihan tersebut.

Adakah versi 32-bit akan dihapuskan? Oh tidak. Ia akan kekal sepertimana dahulu dan akan turut berada disamping versi 64-bit. Buat masa ini, pengguna yang ingin mencubanya boleh memuat turun versi tersebut di bahagian 'development build'.

Kod nama versi 18 ialah 'Leia'.

Jika anda ingin muat turun, sila ke pautan ini: Downloads | Kodi
Powered by Blogger.