Maaf sila aktifkan javascript.

Sky Torrents: Alternatif Laman Torrent Tanpa Iklan, Tanpa Bayaran, Tanpa Kehilangan Privasi


Laman-laman torrent yang wujud ni boleh dikatakan syurga dunia buat para peminatnya. Terutama buat mereka yang memang tegar menggunakan aplikasi-aplikasi seperti Halite, uTorrent, Transmission, dan sebagainya lagi, laman-laman ini adalah hub pencarian mereka - tidak kiralah ia sesuatu yang 'legal' ataupun tidak.

Namun dengan perkembangan jumlah penggunanya, maka ada mata-mata memerhati yang mendapati laman seperti ini boleh dijadikan sumber keuntungan. Dengan itu wujudlah iklan-iklan berat dan lain-lain perkara yang menambah beban seperti bayaran-bayaran tertentu dengan alasan untuk meningkatkan 'points' pengguna supaya mereka dapat terus menggunakan laman tersebut.

Jika tidak dibayar, pengguna akan terus disekat (ban) untuk selama-lamanya. Atas sebab inilah buat pengguna yang sudah tegar, maka mahu tidak mahu, pejam mata dan bayar sahaja. Perkara ini berlaku dalam forum-forum torrent yang menggunakan private tracker.

Ianya ok, kalau dalam bentuk pilihan. Apabila ia dijadikan kewajipan walaupun dinamakan sebagai derma atau donation, maka dari situlah bayaran berbentuk paksaan ini mula menyusahkan pengguna tambahan lagi jika forum tersebut menggunakan 'format' jemputan dari rakan yang sedia ada dalamnya.

Oleh itu alternatif adalah amat-amat diperlukan, demi kelangsungan minat meskipun tanpa private tracker dan tanpa forum.

Dari sini hadirnya laman torrent baru yang dinamakan sebagai Skytorrents (atau Sky torrents).


Sky torrents boleh dikatakan seperti The Pirate Bay, namun ia lebih menekankan kepada privasi. Ia tidak menawarkan apa-apa jenis akaun kepada pengguna, juga tidak mengaplikasikan apa-apa Javascript pada lamannya.

Mereka menegaskan lagi bahawa tiada sebarang bentuk penjejak digunakan, tiada cookies, Javascript mahupun keperluan untuk log masuk dari pengguna. Segalanya dilakukan dengan bebas dari moderator.

Ia berjaya menghasilkan sebuah enjin carian torrent yang amat laju, 'bersih', dan berinformasi padat.

Fail-fail torrent yang diindeks adalah dikumpul dan disenaraikan dari rangkaian DHT BitTorrent. Sebelum ia dijadikan senarai akhir, ia melalui terlebih dahulu algoritma pengesanan spam.

Selain itu, antara nilai atau ciri tambah yang ada pada Sky torrents ini ialah ia mempunyai ciri pengesahan fail torrent tersebut adalah 'asli'. Algoritma ini mengesahkan dan menanda setiap fail yang bukan sahaja telah melepasi pengesahan spam, juga melepasi pengesahan keaslian pada failnya.

Setakat ini lebih 12 juta fail torrent telah diindeks oleh Sky torrents dan jumlah ini akan meningkat dari semasa ke semasa.
Powered by Blogger.