Maaf sila aktifkan javascript.

Ninja Download Manager: Alternatif IDM Percuma Yang Unggul


Sudah lama saya tidak menulis tentang pengurus muat turun. Kali terakhir pun saya rasa adalah tentang FlareGet. Kalau tak silaplah..

Begitu pun, saya masih belum berpuas hati lagi. IDM pada saya bagus, cuma bila terpaksa beli lesen lagi untuk komputer di pejabat, saya rasa perlu mencari alternatif. Pakai crack? Anda tahu saya sebolehnya berkeras tidak mahu. Beli lagi? Paling murah saya jumpa local seller jual pun dalam RM80. Oh tidak. Boleh beli beras mahal 10kg tu. Huhu.

Jadi selidik punya selidik, saya 'terserempak' dengan pengurus muat turun ini. Ninja Download Manager. Apa pendapat saya mengenainya? Jom kita selak satu persatu.

Log Viewer

Apa yang saya suka tentang sesuatu aplikasi, contohnya KnightVPN, adalah ia mempunyai penyemak log. Sama seperti itu, Ninja Download Manager atau NDM ini juga mempunyai penyemak log (log viewer).

Pada sesetengah orang ianya tidak kritikal pun, tetapi pada saya penyemak log adalah segalanya. Di situlah kita boleh mencari punca masalah atau kelemahan yang ada, sama ada pada aplikasi atau laman web tertentu.


Download Summary/Speed Graph

Satu lagi ciri yang saya suka ialah NDM mempunyai graf kelajuan muat turun yang membolehkan kita untuk memantau atau merumus kelajuan semasa.

Tetapan Download Summary

Tetingkap berupa graf yang melekakan. Heheh.

Boleh diseret dan letak di mana-mana yang anda suka

Prestasi Muat Turun Terbaik

Bila kita membicarakan tentang pengurus muat turun, sudah tentu paling penting sekali ialah prestasinya ketika memuat turun fail dijalankan adalah yang lebih utama.

Dalam hal ini, NDM tidak pernah mengecewakan.

Saya mendapat kelajuan muat turun yang sangat konsisten. Oh ya, bagaimana pula jika dibandingkan dengan IDM?

NDM vs IDM

Anda boleh nilai sendiri melalui gambar-gambar di bawah.

Nota: NetSpeedMonitor tidak 'tally' atau bertepatan dengan kelajuan muat turun semasa. Ianya hanya boleh dijadikan rujukan kelajuan internet sahaja.


70Mbps? Woohooo!





Komen saya? Dari segi 'kuasa sedutan', IDM masing mengungguli kesemua pengurus muat turun yang saya pernah cuba. Tidak menghairankan sangat, tengoklah harga bagi lesennya (di laman web) adalah 24.95$ bersamaan dengan RM106.99. Itu kalau dari segi harga, manakala dari segi 'enjin' pemuat turunnya sendiri memang belum ada lagi yang mengatasinya.

Akan tetapi NDM berjaya mengikuti IDM dari belakang, follow rapat, cucuk angin, tak jauh 2-3 tiang bak kata mat rempit Ipoh.

Tambahan pula NDM ada versi percuma, yang anda boleh gunakan sepuas hati, berbanding IDM yang hanya memberikan versi percubaan selama 30 hari sahaja.

Penggunaan RAM, Pemproses, Dan Cakera

Sebenarnya komputer yang sedang saya gunakan ini, komputer tua. Kah kah kah. Maklum sajalah, komputer kerajaan, tiada yang diperbaharui, semuanya spesifikasi lama, spesifikasi 10 tahun nan lalu. Kah kah kah kah kah. Kesian saya bukan? -_-

Jadi nak tunjukkan pun macam tiada 'points', sebab penggunaan keduanya nampak lebih kurang serupa sahaja. Tapi saya tunjuk jugalah buat mereka yang nak lihat dan nak tahu.

Nampak macam penggunaan yang ketara, tetapi macam yang saya katakan tadi, ini PC tua. Semua benda yang dijalankan pun akan nampak ketara. -_-

Suka saya hendak sebutkan di sini, apabila IDM sudah habis muat turun, ia akan 'mengumpulkan semula' fail-fail yang dimuat turun secara terpisah dan kadangkala ini akan menyebabkan prestasi PC menjadi lembab.

Tidak dengan NDM, sebaik sahaja habis dimuat turun, ianya habis dengan erti kata yang sebenar. Tiada tambahan sedutan prestasi pada PC sehingga lag atau hang dibuatnya. Tiada ya.



Penutup/Ringkasan/Kesimpulan

Boleh dikatakan NDM ini dapat menggantikan IDM sekiranya kita rajin 'tweak' segala tetapan yang ada di dalamnya. Saya malas nak buat tangkap layar atau screenshot lagi, anda pandai-pandailah kaji sendiri ya. Apa yang boleh saya katakan, pilihan tetapan yang ada dalamnya adalah lebih kurang serupa dengan IDM. Kalau anda pandai godek-godek, rasanya prestasi tak kalah dengan IDM pun.

Hei, tak lupa juga NDM berpaparan gelap, dan ini adalah satu bonus ataupun plus pada saya!

Bab YouTube, walaupun ia tiada bar automatik seperti IDM, tetapi ia ada butang YouTube di depannya. Anda klik pada butang tersebut, dan tampalkan pautan video YouTube yang anda mahu muat turun.

Contohnya adalah seperti di bawah (haih, nampaknya saya ambil juga tangkap layar yang baru).



Cuma setakat ini saya tak dapat lagi versi 1080p untuk muat turun video di YouTube ini. Mungkin kerana ia versi percuma agaknya? Entah. Nanti saya cuba dapatkan kepastian dengan menghubungi pembangun NDM.

Baiklah, jika anda mahu muat turun NDM, anda boleh klik pautan di bawah sekarang!

(Sila nyahaktif AdBlock anda dahulu! Terima kasih.)

>>> Ninja Download Manager
Powered by Blogger.