Maaf sila aktifkan javascript.

SpyDealer: Android Trojan Yang Mampu Mengeksploitasi 500 Juta Peranti


Pengkaji sekuriti, Palo Alto Networks telah menemui satu malware Android terbaru yang dapat memanipulasi aplikasi root popular untuk memperolehi akses root.

Malware berbentuk trojan ini kemudiannya dikatakan akan mendapat kebolehan mengeluarkan info/data sulit pengguna dari 40 jenis aplikasi.

40 aplikasi tersebut antaranya ialah WeChat, Facebook, WhatsApp, Skype, Line, Viber, QQ, Tango, Telegram, Sina Weibo, Tencent Weibo, Pelayar Web Android (asal), Firefox, Oupeng Browser, QQ Mail, NetEase Mail, Taobao, dan Baidu Net Disk.

Ia boleh menjangkiti Android dari versi antara 2.2 (Froyo) hinggalah kepada 4.4 (Kitkat). Ini bererti lebih kurang 500 juta peranti berisiko dijangkiti.

Selain itu, antara 'kebolehan' SpyDealer ialah ia dapat mengawal peranti melalui UDP, TCP, dan saluran SMS dari jarak jauh.

Ini bermaksud ia juga boleh menjawab panggilan telefon secara automatik dari sesuatu nombor yang spesifik (woah!).

Untuk hasil dapatan kajian yang lebih mendalam, anda boleh baca selanjutnya melalui laman Palo Alto Networks Blog.
Powered by Blogger.