Maaf sila aktifkan javascript.

Alkasir: Lepasi Sekatan Internet Tanpa VPN


Sekatan internet bukan perkara baru. Negara China menjadi pelopor kepada The Great Firewall of China, sebuah sistem dinding api yang memantau serta menyekat laman-laman web tertentu dari diakses oleh rakyat negara tersebut.

Penyelesaiannya sudah tentulah dengan menggunakan VPN, namun kerajaan negara China mengarahkan pula beberapa syarikat penyedia servis VPN untuk menutup operasinya, sekaligus membunuh suara demokrasi.

Namun VPN adalah alat, dan alat bukan hanya ada satu jenis sahaja yang boleh digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan. Dengan itu saya memperkenalkan kepada anda, Alkasir.

Apa Itu Alkasir?

Alkasir ialah sejenis alat atau tool yang boleh digunakan untuk melepasi sekatan-sekatan internet. Berasal dari transliterasi perkataan الكاسر yang bermaksud 'pemecah', Alkasir berfungsi dengan cara mencipta satu terowong terenkripsi terus ke pelayan proksi mereka menggunakan Shadow Socks,  sejenis solusi Socks5 bersumber terbuka.

Untuk melindungi trafik dari dapat 'dibaca' oleh pihak ketiga, ia menggunakan obfs4.

Cara Menggunakan Alkasir

1. Muat turun dulu Alkasir di sini: Alkasir 2.0

2. Ekstrak fail yang telah dimuat turun. Satu fail .exe akan kelihatan. Klik pada fail tersebut untuk melancarkan klien.

3. Ia akan berada di bahagian tray, klik pada ikon, dan pilih 'Open in web browser'.

4. Anda akan dapat lihat paparan seperti berikut. Klik pada Continue.

5. Pilih bahasa dan negara. Klik Continue.

6. Klik 'Copy to clipboard'.

7. Seterusnya pasang extension melalui pautan yang diberikan (dalam langkah 6).


8. Tampal kod pelayar yang telah disalin (juga dalam langkah 6) ke dalam kotak dan tekan Enter.


9. Anda boleh periksa Alkasir berfungsi atau tidak dengan mengklik pada extension yang telah siap dipasang.


Pro dan Kontra

Pro,

1. Tak perlu langkah yang rumit untuk menetapkannya (setup).
2. Pelayaran masih laju seperti biasa.
3. Dapat melepasi sekatan dengan baik.

Kon,

1. Hanya serasi dengan pelayar web Google Chrome sahaja.
2. Bukan dicipta untuk membuka kesemua laman web. Hanya laman tertentu sahaja. Laman yang banyak menggunakan bandwidth contohnya YouTube, sekiranya disekat di negara tersebut (China, sebagai contoh) tidak dapat dibuka.
3. Bukan dicipta dengan tujuan sebagai anonymizer, seperti VPN.
Powered by Blogger.