Maaf sila aktifkan javascript.

ARISE Sound System™ - Maksimakan Bunyi Smartphone Anda Dengan Pemprosesan Audiophile


Kembali lagi untuk tips-tips berguna bagi pembaca. Daripada seorang pengguna, untuk pengguna. Untuk artikel kali ini, saya akan menyentuh topik audio pada peranti android anda.

Pernahkah anda perasan, selepas anda menggunakan custom ROM pada peranti android anda, kualiti dan kelantangan maksimum pembesar suara telefon anda menjadi kurang? Dalam erti kata lain, speaker anda lost power selepas menggunakan custom ROM. Masalah ini mungkin akan lebih ketara pada peranti dengan pembesar suara stereo dengan dua pembesar suara pada peranti anda.

Sekiranya ya, kini anda tidak perlu risau lagi. Kerana dengan menggunakan mod audio daripada ARISE Sound System™, anda boleh memilih dan memasang pelbagai modul audio untuk digunakan bersama peranti anda dalam satu pakej pemasangan mod audio yang lengkap. Modul-modul yang terdapat dalam pakej ini termasuklah modul-modul audio Dolby Surround, Sony Music, ICEsound dan Viper4Android. Masing-masing dengan pemprosesan audio berkuasa mereka sendiri.


Bagi pengguna peranti daripada Xiaomi juga, masalah pengurangan kelantangan bunyi ini mungkin akan sangat ketara bagi anda kerana di dalam stock MIUI, Xiaomi menggunakan modul audio Dirac yang berfungsi untuk menujah kemampuan pembesar suara kecil mencapai tahap kelantangan yang setara dengan pembesar suara lebih besar. Jadi, sekiranya anda inginkan peranti kecil anda menghasilkan bunyi yang lebih lantang, jangan ketinggalan untuk memasang modul Dirac. Tidak kira samada anda menggunakan peranti Xiaomi ataupun peranti android daripada pengeluar lain kerana projek mod audio daripada ARISE Sound System™ ini menjamin compatibility dengan pelbagai peranti, termasuklah juga untuk yang menggunakan Magisk.

Akhir kata, sekiranya anda telah banyak melabur untuk mendapatkan headphone ataupun earphone dengan harga dan kualiti premium, adalah sangat rugi sekiranya anda masih memainkan musik anda dengan peranti yang mempunyai kuasa pemprosesan audio yang terhad. Jadi, apa tunggu lagi? Maksimakan kemampuan peranti anda. Jangan sia-siakan saja headphone mahal-mahal tu. Haha...

Oh ya. ARISE sound mod memerlukan root dan busybox untuk berfungsi. Root saja smartphone anda. Kalau dulu anda rasa berpuas hati dengan artikel Panduan Audiophile Bagi Meningkatkan Kualiti Audio Tanpa Root Untuk Pengalaman Muzik Terbaik , mungkin sudah tiba masanya anda lebih maju ke hadapan. Lawati projek ARISE di XDA Forums dan ikutilah langkah-langkah yang ditulis. Selamat membaca!

Malas membaca? Tonton video pemasangan di sini.
Inginkan tutorial pemasangan dalam Bahasa Melayu? Klik di sini.

Hanya yang terbaik, untuk anda. Hanya di OMG! Hacker?

Sumber: ARISE Sound System
Powered by Blogger.