Maaf sila aktifkan javascript.

Dua Browser Ringan dengan Penggunaan RAM Sedikit


Bukan semua orang mampu untuk mempunyai smartphone seperti Samsung Galaxy S8 , IPhone 7 mahupun Oneplus 5, yang mana mempunyai ruangan RAM yang berlebihan hingga mencapai 8GB RAM. Lag, saya pasti semua orang pernah mendengarnya. Kita tak boleh upgrade RAM pada smartphone tetapi apa yang kita melainkan smartphone tersebut sejenis smartphone modular. Apa yang kita boleh buat adalah memasang Apps yang mengelakkan diri kita daripada menghempas peranti Android kita ke atas lantai.
Mungkin anda cuma dihadiahkan tablet/smartphone Android yang mempunyai ruangan RAM yang paling besar pun 512MB, membuatkan menjalankan sesetengah Apps/Games atau melayari Internet menjadi satu perkara yang sangat sukar akibat kekurangan RAM.

Tanpa membuang masa anda membaca artikel ini, saya perkenalkan dua aplikasi Browser(pelayar laman web) yang telah dicipta khas untuk peranti yang agak 'slow' dan mempunyai RAM yang sangat rendah. Browser tersebut adalah Lightning Browser dan Naked Browser.

Kedua-dua browser ini mempunyai banyak ciri-ciri yang sama antaranya adalah saiz Download aplikasi yang sangat kecil ,lebih kurang 1 Megabyte(MB)  jika dibandingkan dengan Chrome ,Dolphin ,Firefox dan lain-lain yang mencecah sehingga 20MB ke 50MB. Selain itu , kedua-dua app menawarkan penggunaan footprint(RAM) yang sangat rendah berbanding Chrome,Dolphin atau Firefox , ini bermaksud dengan menggunakan browser ini anda boleh membuka lebih banyak tab pada satu masa. Terdapat banyak lagi feature lain seperti sekuriti,halang imej,sync bookmark dan lain-lain, saya sarankan anda sendiri mencubanya lagipun aplikasi-aplikasi ini kecil sahaja.

Perbezaan yang paling ketara antara kedua-dua browser ini adalah dari segi antara muka, saya lebih menyukai antara muka yang terdapat pada Lightning Browser kerana ianya lebih mudah difahami dan lebih cantik berbanding Naked Browser yang kelihatan seperti datang daripada zaman komputer DOS. Tapi untuk anda semua saya sarankan untuk mencuba kedua-dua terlebih dahulu untuk melihat browser yang lebih memenuhi citarasa anda

Kedua-dua browser ini terdapat di Playstore, cuma perlu Search! . Seperti yang telah saya nyatakan tadi saya lebih meminati Lightning Browser, tetapi adakah anda bersetuju dengan saya? Jangan lupa tinggalkan komen atau apa-apa cadangan. (:D)
Powered by Blogger.