Maaf sila aktifkan javascript.

Enhancer For YouTube: Tingkatkan Fungsi YouTube Ke Tahap Maksima


Sebelum ini saya pernah menulis tentang Magic Actions for YouTube, sebuah addon/extension yang dapat menambah fungsi pada laman YouTube supaya ia menjadi lebih menarik lagi.

Kali ini saya ingin bercerita tentang Enhancer for YouTube pula. Fungsinya adalah lebih kurang serupa dengan Magic Actions, cuma terdapat beberapa ciri yang menjadi tambahan kepada Magic Actions, dalam erti kata lain boleh dikatakan ia lebih baik lagi dari beberapa segi.

Salah satu yang saya suka ialah 'pin video'.


Ianya berfungsi dengan meminimakan video anda ke sudut bawah di sebelah kanan, mengikut saiz yang anda pilih. Ini memudahkan anda jika anda sedang menatal ke bawah untuk membaca komen, dan anda tidak akan ketinggalan dengan video yang sedang dimainkan.

Selain itu, anda juga boleh pilih untuk secara automatik membuka deskripsi video, menyekat iklan sambil memasukkan saluran yang anda pilih ke dalam senarai putih, memainkan video mengikut resolusi yang anda pilih secara automatik, mengawal suara menggunakan roda tetikus, menyahaktifkan pra-muat, menggunakan tema berlainan, dan macam-macam lagilah senang cerita!

Tema yang ada mungkin tidak secantik mana, tetapi anda boleh ubahsuai sendiri dan masukkan skrip tema tersebut ke dalam ruangan Custom script.

Addon/extension ini juga mempunyai 'Cinema Mode', tetapi pada saya ia lebih menarik berbanding Cinema Mode yang ada pada Magic Actions for YouTube.


Yeap, Cinema Mode ini akan melebarkan video yang anda mainkan, kemudian di sekelilingnya akan digelapkan, seakan sedang menonton wayang. Boleh dikatakan lebih kurang serupa dengan yang ada pada Magic Actions, cuma ia kurang menjengkelkan kerana jika anda klik di mana-mana bahagian tepi video, Cinema Mode ini tidak akan aktif sepertimana pada Magic Actions. Haih, pening juga nak terangkan. Eloklah anda cuba sendiri ya.

Muat turun dan pasang:

>>> Untuk Firefox

>>> Untuk Chrome
Powered by Blogger.