Maaf sila aktifkan javascript.

Hotspot Shield VPN Menghadapi Tuduhan Pelanggaran Hak Privasi Pengguna


The Center for Democracy & Technology (CDT), sebuah badan advokasi hak digital telah menggesa pihak berkuasa perdagangan perkutuan Amerika Syarikat untuk melakukan siasatan terhadap syarikat AnchorFree atas tuduhan penipuan dan perniagaan yang tidak adil.

Di dalam hujah pertuduhan tersebut melaporkan bahawa syarikat penyedia perkhidmatan VPN ini telah melakukan pintasan dan peralihan trafik dari para pengguna aplikasi VPN yang dikendalikan oleh syarikat itu kepada laman-laman web rakan kongsi mereka, yang mana ia termasuk syarikat pengiklanan.

CDT mengambil maklum bahawa Hotspot Shield berikrar/berjanji bahawa privasi penggunanya akan terjaga serta sekuriti data akan sentiasa terlindung termasuklah terma 'tidak akan membuat log atau menyimpan maklumat/data pengguna'. Mereka juga mendakwa tidak akan menjejak atau menjual maklumat pelanggan mereka, sedangkan hal ini terbukti tidak benar.

Menurut CDT lagi Hotspot Shield dengan jelas melakukan logging yang mengumpulkan informasi pengguna untuk mengenalpasti lokasi seseorang pengguna yang tersebut secara tepat, dengan alasan bagi mempertingkatkan servis, atau mengoptimumkan pengiklanan yang dipaparkan melalui servis mereka.

Kebanyakan pengguna menggunakan VPN kerana tidak percayakan ISP, tetapi dalam masa yang sama mereka juga perlu meletakkan kepercayaan pula terhadap penyedia perkhidmatan VPN yang mereka langgan. Nampaknya selepas ini semua pengguna Hotspot Shield VPN sudah boleh beralih kepada perkhidmatan dari syarikat yang lain.

Saranan saya? TorGuard. Tidak pernah mengecewakan.

Anda boleh baca pertuduhan sebanyak 14 muka surat tersebut di sini: FTC complaint about Hotspot Shield

Via: wccftech
Powered by Blogger.