Maaf sila aktifkan javascript.

Netflix Bakal Menambah Kandungan Dari Malaysia


Netflix sebagai yang kita tahu tidak pernah berhenti berkembang. Sejak mula memasuki Malaysia, Netflix telah menjadi satu saingan kepada industri penyiaran. iflix adalah satu manifestasi kejayaan Netflix ini, di mana ia menjadi 'Netflix Versi Malaysia' yang terbaik setakat ini.

Tetapi Netflix tidak terhenti setakat mengembangkan sayapnya di Malaysia. Terkini, mereka mula menambah ke dalam katalog penstriman mereka akan kandungan-kandungan dari Malaysia. Nampaknya, iflix sudah perlu meningkat gandakan usaha mereka dalam menandingi Netflix. Saingan kini sudah semakin sengit dan hangat.

Setakat ini, Netflix telah menambah lima siri dan filem dari Malaysia, yang telah disediakan oleh Primeworks Studios Sdn Bhd.

Antara yang bakal ditayangkan ialah sebuah filem bertajuk Sejoli: Misi Mencantas Cinta, yang dibintangi oleh Maya Karin dan Bront Palarae. Terdapat juga siri drama Cina bertajuk 'Persona', bakal tersedia untuk distrim pada 14 Ogos, dan filem 'KL Zombi', serta 'Rembat'. Antara drama yang akan dimasukkan juga ke dalam katalog ialah 'Hati Perempuan', yang akan dirilis pada 21 Ogos.

Buat anda yang masih belum melanggan tu, apa kata anda cuba hari ini. Pasti anda tidak akan menyesal kerana anda akan dapat mengikuti siri kegemaran anda paling 'kurang' pun dalam definisi tinggi (HD)!
Powered by Blogger.