Maaf sila aktifkan javascript.

Tips Dan Trik Incognito Mode: 5 Kegunaannya Yang Tidak Melibatkan Perkara NSFW


Ramai yang menyalahertikan Incognito Mode sebagai satu mode yang mampu menjadikan diri anonymous. Tidak, tidak sama sekali bahkan jauh dari itu.

Incognito Mode (Chrome), Private Browsing (Firefox), InPrivate Browsing (Edge/IE) adalah mode yang sama, nama yang berbeza.

Jadi apa sebenarnya 'private browsing' ni? Ia adalah sebuah sesi penggunaan/pelayaran internet tanpa cookies yang dikongsi atau direkodkan. Segala data ketika menggunakan mode ini akan dipadam secara automatik setelah pengguna menutup pelayar.

Jadi apa yang boleh kita lakukan dengan private browsing/incognito mode?

Kalau anda kreatif, pelbagai perkara boleh anda 'manipulasi'.

Rahsia Tinggal Rahsia Takkan Masuk History Lagi

Kenapa nak berahsia? Oh ya, biasalah, kadang-kadang kita nak buat kejutan. nak belikan anak atau isteri hadiah tapi tak mahu mereka tahu.

Jadi Incognito adalah jalan penyelesaiannya. Sebaik pelayar ditutup, aktiviti carian akan dipadamkan, oleh itu tiada jejak yang akan ditinggalkan di sebalik sejarah pelayaran.


Log Masuk Ke Beberapa Akaun

Ini perkara biasa, sekiranya anda mempunyai beberapa akaun bagi satu jenis media sosial ataupun emel. Mungkin satu akaun adalah untuk hal-hal berkaitan dengan kerja, manakala satu lagi pula adalah untuk hal-hal peribadi.

Anda boleh log masuk ke dalam kedua akaun tersebut, satu menggunakan pelayar biasa, satu lagi menggunakan Incognito Mode.


Lihat Kedudukan Laman Di Enjin Carian

Perkara ini adalah penting buat para blogger (biasanya).

Bagaimana nak lihat hasil carian tanpa ada bias terhadap sejarah carian kita? Incognito mampu membantu (lagi). Bagaikan hasil carian kepada 'orang awam', anda akan dapat lihat di mana kedudukan laman blog anda berada.

Kalau tiada tu, huh. Apa boleh buat, terpaksa perbaiki lagi SEO dan template.



Menonton YouTube Tanpa Menjejaskan Sejarah Tontonan

Ada banyak sebab kenapa kita nak tonton YouTube tanpa menambah ia ke dalam sejarah tontonan. Biasanya dari sejarah inilah akan muncul pengesyoran di laman utama.

Kalau anda berhajat nak tengok video-video yang 'pelik', atau agak tidak kena jenis video tersebut dengan diri anda ke, haaa, boleh la tekan Incognito Mode laju-laju.


Untuk Kajian 'Aneh', Tanpa Menyebabkan Anda Kelihatan 'Jahat'

Hmmm, anda lihat sahajalah gambar di bawah. Terkadang kajian yang dilakukan memang 'out-of-context' serta pelik.


Anda tidak mahu hasil carian seperti ini muncul di ruangan sejarah? Ok, Incognito ON.


Baiklah, apa lagi kegunaan Incognito Mode selain menonton bahan-bahan terlarang dan NSFW? Jom kongsikan di ruangan komen.

Powered by Blogger.