Maaf sila aktifkan javascript.

AOSP 8.0 Oreo pada OnePlus 5

Kredit gambar getdroidtips

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai produk OnePlus.
Jangan risau, bukan nak cerita pasal produk, tapi cerita pasal perisian dia.
Tahukah anda, OnePlus 5 kini dapat kemaskini Android 8.0 Oreo?

Terdapat dua versi yang dilepaskan iaitu LineageOS dan AOSP.
Tapi dalam artikel ini saya menceritakan pasal ROM AOSP.
ROM AOSP ini hasil air tangan updateing merupakan Senior Member di XDA Developer.
ROM ini asalnya Google Pixel punya, kemudian port untuk OnePlus 5.

Untuk mengetahui ciri² yang terdapat dalam Oreo ni, apa yang baru, apa yang menarik boleh rujuk sini > Android 8.0 Oreo

Untuk pasang ROM ni, anda mesti tahu dahulu ralat² yang terdapat dalam ROM ni. Antaranya :
  • SELinux Permissive bukan Enforcing.
  • Individu² yang bertuah sahaja akan mengalami isu kamera. (tapi kalau phone anda reboot kepada EDL/9008 selepas pemasangan ROM ni, sila tukar ROM lain dengan kadar segera)
  • Status cas tak keluar, tapi lampu notifikasi bercahaya. (Dash Charge masih berjalan dengan lancar)
  • Jam penggera ada masalah, jadi gunalah Google Clock.
  • VoLTE tak berfungsi, tunggu blobs dikemaskini.
  • Tiada offscreen gesture.
  • Nak buka lockscreen agak lama (kalau anda guna fingerprint untuk buka, boleh la πŸ˜…)
  • Tiada pilihan profil warna (kena edit manual (saya sarankan guna FX File Manager) dekat System (Root)/sys/class/graphics/fb0/color_profile = edit 1 dan save) Jangan lupa root pula, nanti tak leh ubah hahaha.
  • Alert Slider tidak berfungsi, tapi boleh guna aplikasi pihak ke-3 untuk cuba.
  • Virtual keys dan hardware keys ada sekali. Kena guna aplikasi pihak ke-3 untuk tutup salah satu, tapi sementara ja la.
Saya tak bertangungjawab jika OnePlus 5 ampa tu meletup ka, bertukar jadi Super Saiyan Rose ka, mati diperjalanan mengemaskini ka apa. Risiko tanggung sendiri. 😏 ROM ni boleh digunakan sebagai kegunaan harian kerana saya telah pakai beberapa hari, tiada masalah cuma ralat² tu takleh kata apa la hahaha.

Jadi, nak pasang macam mana? Sabar la gelojoh betul hahaha. Sila sedut ini :
  • platform-tools. (tak perlu nak sedut Android Studio untuk dapatkan folder ini)
  • AOSP 8.0 Oreo. (ini binaan 20170916)
  • Magisk v14.0
  • GApps (ini pakej Nano)
  • Google Play Services (ini Beta)
  • Google Text-To-Speech
  • Kamera Google yang dah dimodifikasi, boleh dapatkan di sini > Google Camera MOD
  • Milo Ais ikat tepi satu untuk saya hahaha πŸ™ˆ
  • Pastikan bateri 80% atau ke atas ye.
  • Sila backup dahulu data dalam internal storage (WhatsApp pula, sila backup dan backup aplikasi tu menggunakan Titanium Backup serta folder WhatsApps dan folder Titanium Backup wajib keluarkan juga. Simpan dalam PC ka apa) sebab lepas pasang ROM ni, internal anda akan kosong macam beli baru hahaha πŸ˜†
Ok dah sedia? Jom kita pi proses pemasangan
  1. Folder platform-tools tersebut letak la kat desktop ke or mana² anda suka.
  2. Dua file (boot.img dan system.img) yang ada dalam zip (aosp-cheeseburger-8.0-20170916.zip) tersebut sila letak dalam folder platforms-tools.
  3. Kalau Windows 10 (kemaskini lama) atau 8.1 ke bawah boleh tekan shiff+klik kanan dalam folder tersebut (pastikan klik ruang kosong dalam folder) kemudian pilih open command prompt. Jika ada guna kemaskini terkini Windows 10, kena buka command prompt, taip cd *lokasi folder tu, boleh copy dari address atas folder*. Contoh cd C:\Android\sdk\platform-tools
  4. Sila masuk recovery (TWRP) dan lakukan clean flash. (tick semua kecuali Internal Storage dan OTG)
  5. Sila off dan masuk mode fastboot.
  6. Masuk command fastboot devices untuk mengesan adakah mode fastboot berhubung dengan baik dengan komputer anda. (Jika ada error itu bermakna driver dia ta install dengan baik. sila install driver OnePlus. Tapi bagi pengguna Windows 10, sila masuk mode Disable Signature Driver Enforcement)
  7. Jika tiada error, proceed dengan fastboot erase boot
  8. Kemudian enter command fastboot flash boot boot.img dan fastboot flash system system.img
  9. Selepas itu, reboot to recovery. (buat pilihan menggunakan volume buttom dan untuk pilih tekan power button untuk pilih)
  10. Bila dah masuk recovery, sila pergi ke Wipe/Advance Wipe/tick Data,Cache dan Cache Dalvik sahaja kemudian, swipe.
  11. Selesai tu reboot to system (jangan terkejut boot dia agak sekejap hahaha)
  12. Anda akan alami error jangan risau reboot sekali lagi, InsyaaAllah semuanya berfungsi dengan baik.
  13. Dah selesai boot sebanyak 2 kali, sila masuk recovery untuk pasang GApps kemudian reboot to system.
  14. Sekali lagi masuk recovery untuk pasang Magisk v14.0 lalu reboot to system.
  15. Sila pasang secara manual Google Play Services dan Google Text-To-Speech (kalau tak pasang nanti ada masalah nak masuk Play Store)
  16. Kemudian login email dan password Google anda dan tahniah sudah siap pasang AOSP 8.0 Oreo pada OnePlus 5.
Kalau cara TWRP senang ja.
  1. Pindahkan boot.img dan system.img tu dalam internal storage ampa.
  2. Masuk recovery dan lakukan clean flash. (tick semua kecuali Internal Storage dan OTG)
  3. Bawah tu tekan Install Zip akan tukar jadi Install Image.
  4. Pilih boot.img dan pilih boot (jangan silap pilih kang tak hidup padan muka hahaha) dan swipe to install.
  5. Pilih system.img dan pilih system lalu swipe to install.
  6. Kemudian reboot to recovery dan sila pergi ke Wipe/Advance Wipe/tick Data,Cache dan Cache Dalvik sahaja kemudian, swipe.
  7. Kemudian reboot to system dan ikut step 13 di atas sampai step 16 ye πŸ˜‰
Ini sedikit screenshot dari ROM tersebut
Ini proses pemasangan ROM tersebut, boleh rujuk sini

Untuk pemasangan aplikasi luar Play Store (Unknown Sources) kena tick ini.

Kalau ampa dapat panggilan, macam ini la UI dia.

Jika ampa periksa dekat Settings>About Phone>Android version (klik banyak kali) keluar la ni. Ingatkan Oreo terbang hmm.

Ini lockscreen ROM tersebut. Oh ya webe dah tukar kepada unifi. Hanya tukar nama sahaja. hahaha

Picture-in-Picture tak banyak aplikasi boleh guna ciri ni, setakat la, Google Maps berfungsi dengan baik, manakala YouTube? Nahhh

Ini merupakan About Phone ROM ni.

Ini pula sedikit video mengenai ROM ni .
Selamat mencuba dan hati² sama, kalau ikut langkah² kat atas tu, InsyaaAllah takda masalah. Kecuali bahagian TWRP tu, saya tak cuba lagi pon hihihi πŸ™Š

Jika ada sebarang persoalan, dan nak kongsi pendapat, komen kat bawah ye 😊
- Amir H.

Nota kaki : Untuk rujukan, sila layari pautan ini > [EXPERIMENTAL][AOSP][O] Homemade Oreo for OnePlus 5
Powered by Blogger.