Maaf sila aktifkan javascript.

Apa Yang Abam Buat Bila Abam Berhentikan Langganan Ast**?


Artikel asal oleh Arya Putra

Berikut adalah 10 panduan dari abam:

1. Langgan Netflix dan iflix.
Netflix dan iflix adalah 'gedung' filem dan drama terbaik yang boleh ditonton secara 'on demand'.

2. Layan YouTube. Serius, bila dah tak tengok TV lagi, rupanya macam-macam khazanah boleh jumpa dalam YouTube. Filem Tamil pun ada.

3. Tengok gusti (WWE, NXT, Impact Wrestling), dekat bollyrulez.me dan watchwrestling.in.

4. Layan movie-movie dekat dalam Kodi. Bila dah setup cantik-cantik, sah takkan 'heran' lagi dah dengan TV.

5. Untuk korang yang nak bagi mak ayah dekat kampung tengok TV jugak tu, boleh cuba 'kaji' dulu MYTV: http://mytvbroadcasting.my/

6. Layan siaran yang berkaitan dengan Ast** contohnya Maharaja Lawak Mega dekat blog-blog. Jangan silap, abam tak menyokong piracy, dan abam tak promote, tapi dah depa upload, takkan nak buat-buat tak nampak pulak. Eheheh.

7. Gunakan Maxis Fibre untuk muat turun video-video. Siapa yang guna Maxis Fibre/Unifi/TIME/Digi INFINITE tahu betapa nikmatnya ada internet tanpa had untuk tonton dengan ketenangan.

8. Gunakan aplikasi-aplikasi strim yang lain, contohnya Mobdro, Time4Popcorn/Popcorn Time, Terrarium TV, dan lain-lain untuk menonton video/filem.

9. Tonton siri The Flash, Arrow, Ghost Adventures, dan lain-lain di cyro.se atau di Watch Series.

10. Segalanya boleh kita dapatkan dalam talian (online), asalkan tahu manfaatkan 'kuasa' enjin carian. Terima kasih.

Editorial : Bolehkah Rakyat Malaysia Hidup TANPA ASTRO? Bagaimana Caranya?
Powered by Blogger.