Maaf sila aktifkan javascript.

Cara Pasang Arch Linux Dan Deepin Desktop Environment Dual Boot Dengan Windows


Saya terpanggil untuk mengemaskini artikel sebelum ini iaitu Cara Pasang Arch Linux (2017.08.01 ISO) Dan KDE Plasma. Bukan apa, saya rasa ia agak tidak begitu 'kemas' dan saya bimbang ianya akan menyusahkan para pemula.

Oleh itu, kita mulakan tutorial kali ini dengan lebih baik dan teliti lagi, supaya setiap penerangan menjadi lebih jelas, hingga pemula juga tidak akan takut untuk mencuba. Pemasangan akan saya demokan dalam VirtualBox.

Anda perlu muat turun terlebih dahulu ISO Arch Linux di sini: Arch Linux Download

Setelah itu, rakam atau dalam bahasa Inggeris - burn ia ke dalam pemacu USB.
Boot Arch Linux menggunakan pemacu tersebut.

Pemasangan 'Tapak' Arch Linux

1. Pertama sekali, pastikan internet ada. Adalah digalakkan agar anda menggunakan rangkaian dalam sambungan wayar, kerana tetapan tanpa wayar agak leceh sedikit. Apa pun, jika anda menggunakan WiFi, anda boleh rujuk Wireless network configuration.

ping -c 3 google.com


2. Jika internet ada, kita teruskan dengan penentuan atau pembahagian partisi.

cfdisk

Pilih gpt, kemudian anda akan dapat melihat paparan seperti berikut.


Klik pada New untuk membuat partisi baharu, dan tentukan berapa jumlah saiz yang anda mahu. Dalam contoh ini, saya meletakkan 7GB untuk partisi utama, manakala 1GB untuk swap. Anda boleh menukar jenis partisi melalui bahagian Type.



3. Ini adalah contoh partisi yang telah siap. Anda kemudian boleh halakan kepada Write dan klik Enter untuk menyiapkannya. Taip 'yes' dan tekan Enter. Setelah itu halakan kepada Quit dan tekan Enter.


4. Dalam penentuan partisi, kita sebenarnya perlu membuat beberapa bahagian iaitu /mnt/boot dan /mnt/home di mana home pada saya ialah tempat paling sesuai untuk anda letakkan semua fail yang anda muat turun dan boot ialah khusus untuk kernel boot (cipta atau buat partisi lain yang akan menjadi /dev/sda1, /dev/sda2/, /dev/sda3, dan seterusnya). Namun, dalam tutorial ini saya gabungkan keduanya untuk memudahkan pemahaman.

Jadi, mudah bicara, partisi saya ada dua. Satu untuk sistem operasi, dan satu lagi untuk swap.

Jadi, perkara pertama setelah penentuan partisi ialah kita perlu formatkan ia.

mkfs.ext4 /dev/sda1

/dev/sda1 ialah partisi pertama tempat kita kan jadikan ia untuk lekapkan (mount) /mnt/boot dan /mnt/home. Jika anda buat ia secara berasingan, maka lekapkan /mnt/boot di /dev/sda1 dan /mnt/home di /dev/sda2. Berapa jumlah saiz partisi adalah terpulang kepada anda.

Kemudian kita formatkan satu lagi partisi menjadi swap.

mkswap /dev/sda2
swapon /dev/sda2

Anda juga boleh tukarkan ext4 kepada xfs kalau anda mahu, tetapi saya galakkan untuk anda kaji terlebih dahulu semua jenis sistem fail Linux.

mkfs.xfs /dev/sda1 (contoh)


5. Kemudian, kita perlu lekap sistem fail dalam partisi root kepada /mnt.

mount /dev/sda1 /mnt

Seterusnya, cipta poin lekapan untuk lain-lain partisi (/dev/sda2, /dev/sda3) dan lekapkan ia mengikut turutannya. Namun disebabkan saya gabungkan ia, maka saya hanya akan menggunakan /dev/sda1 sahaja.

mkdir /mnt/boot
mkdir /mnt/home

mount /dev/sda1 /mnt/boot
mount /dev/sda1 /mnt/home


6. Siap semuanya, sekarang kita dah boleh pasangkan pakej base dan base-devel. Kelajuan ianya siap bergantung kepada kelajuan internet anda, dan juga kelajuan mirror.

pacstrap /mnt base base-devel


7. Janakan fstab.

genfstab -U /mnt >> /mnt/etc/fstab

Sedikit Nota Tentang FSTAB
Dalam sistem operasi Linux, kesemua partisi yang digunakan mesti disenaraikan dalam /etc/fstab.

Fail ini mengandungi titik-titik pelekap untuk kesemua partisi supaya ia dapat dilihat atau dibaca oleh struktur sistem - bagaimana ia mesti dilekapkan dengan pilihan-pilihan tertentu, sama ada secara automatik atau tidak, sama ada pengguna boleh lekapkan ia atau tidak, dan sebagainya lagi.

Fail /etc/fstab menggunakan syntax seperti sebuah jadual. Setiap baris mempunyai enam lajur, dan setiap lajur mempunyai peranannya yang tersendiri.

Anda boleh rujuk Arch Wiki atau Gentoo Wiki untuk kefahaman lebih lanjut.

Anda boleh semak semula janaan tersebut dengan:

nano /mnt/etc/fstab

Semakan dilakukan untuk memastikan tiada sebarang kesilapan pada janaan agar sistem operasi boleh boot dengan betul, tambahan lagi sekiranya anda buat dual-boot.

Berikut adalah contoh apa yang akan dipaparkan. Anda perlu pastikan hanya / ditandakan dengan nombor 1. Ini adalah untuk mengelakkan ralat 'welcome to emergency mode', atau senang cerita kalau salah tanda, sistem operasi tidak dapat boot.

#
# /etc/fstab: static file system information
#
<file system>   <dir>   <type>  <options>       <dump>  <pass>
# UUID=4d5af8d0-e62c-4a05-86f4-8f48d380b48d
/dev/sda1               /               xfs            rw,relatime,data=ordered        0 1
# UUID=4d5af8d0-e62c-4a05-86f4-8f48d380b48d
/dev/sda1               /home           xfs            rw,relatime,data=ordered        0 2
# UUID=4d5af8d0-e62c-4a05-86f4-8f48d380b48d
/dev/sda1               /boot           xfs            rw,relatime,data=ordered        0 3
# UUID=9afd2190-c06b-41fa-ae28-40107579524e
/dev/sda2               none            swap            defaults        0 0


8. Dah selesai jana fstab, kita masuk ke persekitaran chroot. Arch mempunyai environment chroot sendiri bernama arch-chroot (Change root).

Chroot diibaratkan pengguna log masuk ke dalam partisi seakan sudah ada sistem operasi di dalamnya. Jadi pengguna dapat melakukan konfigurasi pelbagai perkara untuk menyiapkan sebuah sistem operasi di 'situ'.

arch-chroot /mnt


9. Kita tetapkan zon masa.

ln -sf /usr/share/zoneinfo/Region/City /etc/localtime

Dalam kes ini, kita perlu tukarkan baris perintah tersebut kepada zon masa Malaysia. Jadi:

ln -sf /usr/share/zoneinfo/Asia/Kuala_Lumpur /etc/localtime

10. Jalankan hwclock untuk menjana /etc/adjtime:

hwclock --systohc

11. Setelah itu, kita perlu buat tetapan bahasa. Sunting /etc/locale.gen menggunakan nano (cara paling senang).

nano /etc/locale.gen

Buangkan tanda # di belakang en_US.UTF-8 dan en_US ISO. Perbuatan ini kita panggil sebagai 'uncomment'. en_US.UTF-8 dan en_US ISO adalah bagi mendapatkan bahasa Inggeris untuk keseluruhan sistem.


Untuk menyimpan (save) perubahan ini, gunakan gabungan kekunci Ctrl + O dan klik Enter, serta Ctrl + X untuk keluar dari nano.

12. Kita janakan pula bahasa tersebut.

locale-gen



13. Kita ciptakan pula fail hostname pada /etc/hostname.

echo kucinghitam > /etc/hostname

kucinghitam ialah nama host pilihan saya. Anda boleh tukarkan dengan nama yang anda suka.

14. Kemudian, kita hidupkan internet.

systemctl enable dhcpcd@eth0.service

ATAU

systemctl enable dhcpcd

15. Menurut Arch Wiki, biasanya langkah ini tidak perlu, namun untuk kepastian, kita buat juga kernel hook dengan perintah ini (cipta semula initramfs image):

mkinitcpio -p linux

16. Tetapkan (buat/cipta) kata laluan untuk pengguna root:

passwd

Masukkan kata laluan sebanyak dua kali. Taipkan sahaja meskipun asterisk tidak kelihatan.

17. Tambah nama pengguna dan juga kata laluannya:

useradd -m -g users -s /bin/bash archer <--- Gantikan 'archer' dengan nama pengguna pilihan anda.

passwd archer <<< Tetapkan kata laluan untuk pengguna.


18. Pasangkan bootloader pilihan anda. Saya memilih untuk kekal menggunakan GRUB. Untuk dual-boot, anda perlu pasangkan os-prober.

pacman -S grub os-prober

Disebabkan saya hanya memasang Arch Linux di dalam VirtualBox, maka saya abaikan os-prober.

19. grub-install /dev/sda <--- kalau ada masalah pemasangan, contohnya pemasangan dalam VirtualBox, gunakan perintah --force :

grub-install --force /dev/sda

20. Selepas pemasangan GRUB,  kita perlu janakan fail konfigurasi utama grub.cfg.

grub-mkconfig -o /boot/grub/grub.cfg

Untuk lebih kepastian, dan maklumat yang lebih teliti, semestinya rujuk kembali Arch Wiki: GRUB - ArchWiki

21. Jika anda membuat dual-boot pula, anda perlu jalankan os-prober untuk membuatkan sistem dapat membaca partisi Windows dan memasukkan entri ke dalam fstab supaya Windows dapat boot dengan jayanya.

os-prober

22. Setelah siap semua, keluar dari persekitaran chroot dengan:

exit

Kemudian, unmount kesemua partisi itu tadi dengan:

umount -R /mnt

Dan setelah itu:

reboot


23. Anda akan disambut dengan GRUB! Tapi sebelum itu jangan lupa keluarkan atau remove terlebih dahulu live CD/DVD (ISO) yang ditetapkan sebelum pemasangan (kalau guna VirtualBox).


24. Log masuk menggunakan nama pengguna root dan kata laluan yang telah dibuat atas tadi. Taipkan 'root' untuk nama pengguna root.


25. Sunting visudo. Sila uncomment pada %wheel ALL=(ALL) ALL untuk membenarkan pengguna biasa menjalankan perintah sudo

EDITOR=nano visudo

Nak mudah tambahkan nama pengguna anda di bawah baris root ALL=(ALL) ALL.

Contohnya:

root ALL=(ALL) ALL
archer ALL=(ALL) ALL

Simpan fail tersebut dengan menggunakan kombinasi Ctrl + O + Enter, dan Ctrl + X untuk keluar dari nano.

Tetapan Pilihan (Optional):

Kalau anda malas nak taip kata laluan setiap kali anda gunakan perintah sudo, letakkan nama pengguna di bawah # %wheel ALL=(ALL) NOPASSWD: ALL seperti ini:

%wheel ALL=(ALL) NOPASSWD: ALL
archer ALL=(ALL) NOPASSWD: ALL

Tetapi langkah ini adalah pilihan. Jika anda tidak keberatan memasukkan kata laluan setiap kali menggunakan sudo, maka anda tidak perlu melakukannya. Sistem operasi Linux adalah lebih menitikberatkan tentang sekuriti dan privasi. Pilihan di tangan anda.


26. Pastikan internet ada ya. Kalau in case tiada, gunakan:

systemctl enable dhcpd
systemctl start dhcpcd

27. Pasangkan semua keperluan sistem operasi. Apa itu xorg? Anda boleh Google sendiri.

pacman -S xorg xorg-server xorg-xinit xterm

Kalau anda memasang ia dalam VirtualBox:

pacman -S virtualbox-guest-utils



Pemasangan Deepin Desktop Environment

Sekarang tibalah masa untuk kita pasangkan Deepin Desktop Environment atau DDE.

1. Saya memilih untuk pasangkan Deepin serta semua komponennya, jadi baris perintah berikut digunakan:

pacman -S deepin deepin-extra

Kalau anda tidak mahu komponen tambahan, cukup sekadar memasang pakej deepin sahaja.


2. Kemudian, cipta satu fail yang akan digunakan untuk masuk ke persekitaran meja DDE melalui xinitrc (cara paling senang):

echo "exec startdde" > ~/.xinitrc

3. Reboot. Setelah itu, anda boleh mulakan/masuk persekitaran meja DDE dengan perintah:

startx

Saya tidak pasti kenapa selepas reboot, fail xinitrc tersebut 'hilang' atau terpadam. Jika anda 'terkena' kes yang sama dengan saya, anda hanya perlu gunakan semula baris perintah:

echo "exec startdde" > ~/.xinitrc

Ia akan menciptakan semula fail tersebut dan anda bolehlah 'startx' untuk memasuki persekitaran meja Deepin.


Ok, bila nampak paparan di atas, terus terang saya keliru nak pilih yang mana satu. Jadi untuk jalan selamat, saya pilih Effect Mode sahaja.

TADAAA!


Baiklah, cukup setakat ini sahaja tutorial saya. Semoga anda akhirnya berjaya memasang Arch Linux dan dual boot dengan Windows!

Ok saya payung dua lagi gambar DDE:


Powered by Blogger.