Maaf sila aktifkan javascript.

Chrono Download Manager: Pengganti IDM



Gambar cover dari blog Dedekarang

Terkadang ada rasa jemu menggunakan IDM dek kerana kemas kininya yang adakala terlalu kerap. Ini amat merimaskan buat pengguna cracked.

Hahahahahahahahahahahahahah. 

Jika anda beli lesen IDM, mungkin tiada apa yang mengganggu fikiran. Tapi saya rasa, ramai antara kita ni yang gunakan versi crack. Maklum sajalah, kalau beli secara sah melalui penjual di Facebook pun, paling murah adalah RM80, dan ia hanya untuk satu komputer sahaja.

Berapa banyak daa mau beli?

Jadi, tanpa melengahkan masa lagi, saya perkenalkan, Chrono Download Manager, sebuah extension pemuat turun khusus untuk Google Chrome.


Chrono Download Manager ini ialah extension yang direka khas bagi menggantikan default download manager dalam Chrome yang sangat menyakitkan hati.

Ya, dengan adanya Chrono, anda tidak lagi perlu bimbang mengenai apa yang anda muat turun kerana jika ada masalah di pertengahannya, anda boleh sambung semula (resume) tidak ubah seperti IDM.

Ia juga mengintegrasikan notifikasi desktop, memudahkan mata anda untuk memantau progress muat turun.


Sepanjang saya menggunakannya, tiada apa yang menjadi ralat. Semua fail dapat dimuat turun dengan sempurna.

Kalau hendak disebut mengenai kontranya, apa yang saya dapati hanyalah:

1. Khusus untuk pelayar web Chrome. Pelayar web lain boleh menangis di bucu dinding.

2. Tidak boleh muat turun video di YouTube secara terus seperti IDM kerana hendak mengikuti terma dari Google.

Selain dari dua perkara ini, Chrono DM nampaknya menepati citarasa saya yang sudah malas hendak mencari aplikasi crack, atau mengulang beli aplikasi yang sama bagi komputer yang lain.

Baiklah, untuk info lanjut, anda boleh ke laman web Chrono DM ini di sini: Chrono Download Manager
Powered by Blogger.