Maaf sila aktifkan javascript.

KFC Di China Membenarkan Pelanggan Membayar Menggunakan Senyuman


Sebuah restoran KFC konsep terletak di Hangzhou, China yang berteraskan makanan kesihatan, bernama K PRO, telah memasang sistem pembayaran Alipay yang menggunakan pengecaman wajah.

Sistem tersebut menggunakan kamera 3D yang dipasang di atas skrin sesentuh kiosk berkenaan di mana pelanggan boleh memberikan pesanan, masukkan nombor telefon, dan membenarkan gambar wajah mereka diambil - lalu bayaran bagi pesanan tersebut dibuat menggunakan akaun Alipay mereka.

Restoran tersebut adalah cawangan pertama yang menggunakan sistem 'Smile to Pay' yang telah dicipta oleh Ant Financial Services Group.

Menurut Ant, meskipun ini bukan kali pertama teknologi pengecaman wajah digunakan, namun Smile to Pay ialah servis pertama seumpamanya. Samsung, PayPal, MasterCard dan NEC adalah antara firma-firma yang telah menguji teknologi ini. iPhone seterusnya dari Apple berkemungkinan akan mempunyai teknologi ini.

Smile to Pay juga adalah cukup canggih untuk mengesan sama ada seseorang itu cuba untuk memalsukan pengesanan/pengecaman pada kamera dengan gambar pegun ataupun video.

Sumber: CNET
Powered by Blogger.