Maaf sila aktifkan javascript.

Media Player Classic Qute Theater: MPC-HC Untuk Linux


Kita sedia maklum bahawa dengan versi 1.7.13, berakhirlah sudah pembangunan bagi Media Player Classic Home Cinema atau MPC-HC. Ada ura-ura dari pembangunnya yang mengatakan bahawa projek tersebut sudah mempunyai tenaga pengaturcara yang baru. Sama-sama kita nantikan sekiranya ada berita baik.

Bagi Linux, pengguna ada pelbagai pilihan pemain media dari VLC, SMPlayer, Totem, dan sebagainya lagi.  Tetapi jangan tak tahu, Linux juga mempunyai versi 'MPC-HC' yang tersendiri iaitu Media Player Classic Qute Theater.

Dalam artikel ini saya akan merujuk ia sebagai MPC-Qt.
Sedikit quote dari laman rasminya:

Media Player Classic Home Cinema (mpc-hc) is considered by many to be the quintessential media player for the Windows desktop. Media Player Classic Qute Theater (mpc-qt) aims to reproduce most of the interface and functionality of mpc-hc while using libmpv to play video instead of DirectShow.

Secara umumnya MPC-Qt mempunyai semua ciri yang ada pada MPC-HC - beserta beberapa penambahbaikan seperti quick queuing, playlist searching, screenshot templates, looped playback, dan custom metadata.

Untuk pengguna Arch Linux, anda boleh dapatkan dan pasang ia melalui AUR. Manakala untuk distro lain, anda boleh compile ia dengan berpandukan kepada cara pemasangan yang ada dalam laman rasmi MPC-Qt.

Apa yang saya suka berkenaan dengan MPC-Qt ini ialah prestasinya adalah sama dengan MPC-HC. Ia sangat laju, mempunyai pilihan untuk 'boost volume' sehingga 130%, dan boleh ubahsuai pelbagai tetapan mengikut citarasa pengguna. Jika anda mahu tahu lebih lanjut mengenai aplikasi ini, anda boleh ke laman web mereka dan pasangkan sendiri untuk menguji sejauh mana aplikasi ini boleh digunakan untuk menjadi pemain media utama anda.

Rujuk: Media Player Classic Qute Theater
Powered by Blogger.