Maaf sila aktifkan javascript.

Pengenalan Kepada Arch User Repository (AUR) Dan Cara Pemasangan


Hari ini kita akan belajar serba sedikit untuk menyahkod Arch Linux Wiki dan cuba untuk memasang sesuatu melalui panduan tersebut.

Untuk topik kali ini kita menjengah Arch User Repository atau AUR.

Nyahkod Arch Wiki - Arch User Repository

Baiklah, kita mulakan dengan 'Getting started'. Apa katanya?

"Users can search and download PKGBUILDs from the AUR Web Interface. These PKGBUILDs can be built into installable packages using makepkg, then installed using pacman.".

Jadi, apa yang boleh kita nyahkod dari sini? Pertama sekali, kita perlu cari dan muat turun PKGBUILDS mana-mana aplikasi yang kita hendak pasang. Nak cari macam mana? Google la.

Contohnya,

Jika anda hendak memasang Google Chrome, dengan carian 'google chrome arch', akan membawa anda kepada pautan ini (pautan pertama): Package Details: google-chrome 61.0.3163.91-1

Nak muat turun guna apa? Disarankan untuk anda menggunakan wget. Kalau belum pasang, pasangkan dahulu.

sudo pacman -S wget

Kemudian, muat turun PKGBUILDS Google Chrome.

wget https://aur.archlinux.org/cgit/aur.git/snapshot/google-chrome.tar.gz

Nak muat turun menggunakan pelayar web pun boleh juga. Tapi kita kekalkan dengan wget untuk mudahkan kefahaman.

Seterusnya,

"Ensure the base-devel package group is installed (pacman -S --needed base-devel)."

Rasanya dah jelas di situ, sekiranya anda belum pasangkan keperluan dari base-devel, sila pasangkan terlebih dahulu. Kalau di awal pemasangan Arch Linux waktu pacstrap anda sudah pasangkan base-devel, bahagian ini anda boleh langkau.

Kemudian,

"Run makepkg -si in the directory where the files are saved. This will download the code, resolve the dependencies with pacman, compile it, package it, and install the package."

Perkara di atas ini kemudiannya diterangkan secara terperinci pada bahagian 'Acquire build files'.

Kalau anda menggunakan git, dijelaskan dalam Wiki bahawa:

"Clone the git repository that is labeled as the "Git Clone URL" in the "Package Details":".

git clone https://aur.archlinux.org/nama_pakej.git

Setelah itu, sebelum menjalankan perintah, makepkg -si dalam direktori aplikasi, kita harus mengekstrak ia terlebih dahulu.

"Download the build files with your web browser by clicking the "Download snapshot" link under "Package Actions" on the right hand side. This will download a compressed file, which must be extracted (preferably in a directory set aside for AUR builds)".

Kita abaikan bahagian 'Download the build files with your web browser' sebab kita dah pun muat turun pakej menggunakan wget. Jadi, apa yang perlu kita lakukan ialah ekstrak pakej tersebut.

tar -xvf package_name.tar.gz <<< baris perintah untuk mengekstrak pakej.

Contoh,

tar -xvf google-chrome.tar.gz

Untuk memasuki direktori aplikasi, gunakan perintah:

cd nama_pakej

Contoh,

cd google-chrome

Langkah seterusnya,

"Make the package. After manually confirming the integrity of the files, run makepkg as a normal user".

makepkg -si

Kemudian, dalam Wiki ada dijelaskan tentang pelbagai pilihan selepas 'make the package'. Kena baca ia perlahan-lahan untuk memahami apa yang diterangkan. Tetapi apa yang penting selepas makepkg ini ialah kita ingin memasang terus aplikasi tersebut, yang dijelaskan dengan baris perintah,

-i/--install installs the package if it is built successfully. Alternatively the built package can be installed with pacman -U package.pkg.tar.xz.

Jadi, gunakan sahaja perintah,

sudo pacman -U package.pkg.tar.xz

Contoh,

sudo pacman -U google-chrome.pkg.tar.xz

Ini akan meneruskan pemasangan Google Chrome pada sistem operasi Arch Linux. Anda perlu berinteraksi lagi dengan Terminal di mana ia akan menanyakan kepada anda sama ada anda mahu teruskan pemasangan atau tidak (Y/n). Masukkan 'Y' dan klik Enter. Selesai.

Pada artikel seterusnya kita akan berkenalan pula dengan AUR Helpers, yang akan membantu anda memasang pakej dari AUR secara automatik.
Powered by Blogger.