Maaf sila aktifkan javascript.

Projek MKUltra, Satu Kajian Rahsia tentang Kejuruteraan Manusia Yang Mengejutkan Sepanjang Zaman


Projek MKULTRA, atau MK-ULTRA, adalah nama kod bagi program penyelidikan manusia CIA yang tersembunyi, yang dikendalikan oleh Pejabat Perisikan Sains. Program kerajaan A.S ini secara rasminya bermula pada awal tahun 1950-an lagi dan pada tahun 1960-an, warga Amerika Syarikat dan Kanada dijadikan sebagai bahan uji kaji eksperimen.

Pada asalnya CIA menggunakan program ini untuk memastikan ejen dibawah mereka tidak dimanipulasi apabila ditangkap dan disoal siasat apabila melakukan pengintipan. Hasil ujikaji pertama mereka berjaya apabila seorang askar darat Amerika yang telah diberi dadah LSP dan juga PSP dalam keadaan tidak sedar membuat pergerakan sendiri tanpa mengikut mana-mana arahan lain.


Projek MKULTRA telah didedahkan ke perhatian umum pada tahun 1975 oleh Kongres Amerika Syarikat melalui penyiasatan oleh Jawatankuasa Gereja, dan oleh sebuah suruhanjaya presiden yang dikenali sebagai Suruhanjaya Rockefeller. Namun begitu, usaha penyelidikan terhenti oleh Pengarah CIA Richard Helms yang mengarahkan semua fail yang berkaitan MKULTRA dimusnahkan pada tahun 1973. Ini berikutan susulan daripada hasil penyiasatan mendakwa mendapat pengakuan daripada bekas peserta yang mendedahkan bahawa mereka telah menyertai ujikaji tersebut.


Hasil penyiasatan mendapati bahawa, projek MKULTRA ini banyak melibatkan penggunaan metodologi untuk memanipulasi keadaan mental individu dan juga mengubah fungsi otak, termasuk penggunaan dadah, renjatan elektrik, suntikan mengejut dan juga pelbagai teknik lain. Mereka yang terlibat juga kurang deria rasa dan bau, mengasingkan diri, mula bercakap seorang diri dan juga kehilangan nafsu seksual.

Walaupun CIA menegaskan bahawa projek MKULTRA ini telah berkubur, namun veteran CIA berusia 14 tahun, Victor Marchetti telah mendedahkan bahawa penyelidikan ini sebenarnya telah diteruskan. Dalam wawancara video pada tahun 1977, Marchetti mengatakan sebenarnya ia mempunyai kod program lain iaitu Projek Montauk dan juga Projek Monarch.

Apa pula kaitan Projek Montauk dan juga Projek Monarch pada zaman masa kini? Sama-sama kita nantikan pada artikel yang akan datang.
Powered by Blogger.