Maaf sila aktifkan javascript.

Amazon Key Membolehkan Khidmat Penghantaran Membuka Pintu Hadapan Rumah Yang Berkunci





Amazon Key merupakan salah satu perkhidmatan baru yang diperkenalkan oleh Amazon bersama-sama dengan produk Amazon Cloud. Secara ringkas, Amazon key membolehkan staff perkhidmatan Penghantaran Amazon membuka pintu Rumah seseorang untuk menghantar barang yang telah dibeli melalui Amazon.

Staff Amazon sedang mengimbas kod bar.
Apabila staff Amazon sampai ke rumah pelanggan tersebut , staff tersebut akan mengimbas kod bar pada pakej tersebut seterusnya menghantar maklumat kepada Amazon. Sekiranya alamat pada pakej tersebut tepat , Amazon Cloud akan membenarkan kamera Cloud Camera untuk mula merakam bahagian pintu sementara staff pula akan menerima pengesahan pada peranti mereka. Pintu anda akan terbuka apabila menerima isyarat dari Cloud Camera ke kunci pintu pintar.

Kamera Amazon Cloud dari bawah menghadap pintu masuk rumah.

Sistem dan perkhidmatan ini boleh dimiliki denga harga 249.99 USD , termasuk kunci pintu pintar dan kamera Amazon Cloud.

Maklumat lanjut boleh didapati dalam video ini.
Powered by Blogger.