Maaf sila aktifkan javascript.

Wallpaper Google Pixel/2 Untuk Semua Peranti

lawa kan wallpaper ni? 😍

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bertemu lagi kita, kali ni mengenai Wallpaper Google Pixel/2.
Bak kata orang, tak dapat beli seketul Pixel/2 tu, dapat guna wallpaper, launcher dia pun jadi la kan?
Boleh la rasa 'ala²' Pixel/2 hahaha. 😂

Tak pasti kalau peranti yang lain ok ke tak guna, macam saya cuba dekat OnePlus 5 (launcher asal dan Nova Launcher) berfungsi dengan baik tapi dengan syarat peranti anda versi Android 6.0 Marshmallow dan ke atas lah. 😅 Tapi malang bagi processor lain seperti Exynos, Kirin, MediaTek, Intel dan AMD kerana benda ni boleh pakai dekat Snapdragon sahaja. Tapi nak cuba boleh ja. 😉

Ok cakap banyak watpa, sebab pasti ampa tak sabaq nak cuba kan? Ok sedut .apk tersebut dekat pautan di bawah ni :
Malah jika anda gerakan peranti anda ke kiri, ke kanan, hati² bila di jalanan (ternyanyi lagu Polis Evo daa 😅) gambar tersebut akan bergerak juga tau. (ala macam iPhone punya screen motion tu)

Proses pemasangan?
  1. Tarik nafas panjang².
  2. Cari fail yang ampa sedut tadi, kemudian pasang.
  3. Tukar wallpaper dekat homescreen atau lock screen, bahagian Live Wallpaper. Kalau takda kena pasang ini > Wallpapers (lock screen ni tak semua disokong tau, rujuk forum pada pautan akhir artikel ini)
  4. Screenshot dan muat-naik di media sosial, apa lagi poyo lah dengan wallpaper baru tu hahahaha. 😂
Saya belanja gambar dan video mengenai Wallpaper Google Pixel/2. 😉

Gambar ni ampa kan lihat kereta, dan awan bergerak².

Gambar ini pula ombak memukul tepi pantai.

Gambar ini pula sekumpulan belon udara tengah makan angin.

Gambar ini pula sekawan burung sedang terbang sambil makan angin.

Gambar yang paling saya suka, gambar ni memerlukan lokasi GPS anda. Macam gambar ni, Malaysia kan gelap pada waktu seperti screenshot tu. Gempak kan? 😎

Ini pula video mengenai Wallpaper Hidup Google Pixel/2



Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk sini ya 😁










Powered by Blogger.