Maaf sila aktifkan javascript.

Xposed Framework Pada Android N Kini Telah Rasmi!


Tidak dapat dinafikan, bagi pengguna mahir peranti Android, kepuasan sebenar adalah apabila anda mampu memaksa peranti anda untuk beraksi dan berfungsi dengan jauh lebih besar, lebih pantas, dan lebih kuat (ba dum tss) daripada biasa. Peranti yang hadir dengan sistem operasi stok selalunya lebih mementingkan kestabilan daripada prestasi. Untuk pengguna biasa dan kasual, hal ini tidak mendatangkan sebarang masalah. Namun, bagi pengguna mahir, hal ini agak menjengkelkan kerana anda tahu peranti anda boleh berfungsi dengan jauh lebih baik daripada sedia ada.

XPOSED FRAMEWORK telah menjadi antara pengubahsuaian yang popular di kalangan pengubahsuai android tegar. Namun, semenjak daripada android Lollipop, modul ini agak perlahan di dalam pembangunannya dalam mengejar versi Android terkini. Bagi pengguna Android 7.0+ pula, sudah terlalu lama mereka menunggu untuk mendapatkan sokongan rasmi Xposed Framework bagi peranti mereka. Bukannya sebelum ini tidak ada langsung, namun Xposed Framework Nougat yang dibocorkan sebelum ini adalah versi tidak rasmi dan dipenuhi dengan pepijat. Tiada pasukan rasmi yang akan melayani sebarang permasalahan anda dalam menggunakan Xposed Framework tersebut.


Kini, para pengguna Android Nougat daripada Versi 7.0 dan versi 7.1 dapat mengukir senyuman semula apabila sokongan rasmi Xposed Framework Nougat telah dilepaskan melalui perkongsian daripada pembangun senior XDA iaitu rovo89 melalui laman XDA [OFFICIAL] Xposed for Lollipop/Marshmallow/Nougat [v88.1, 2017/10/10].


Dengan penambahan modul Xposed Framework pada sistem operasi Android anda, pelbagai modifikasi dapat dilakukan. Modul-modul yang terikat pada Xposed Framwork juga dapat dinikmati dengan lebih selesa dengan adanya sokongan rasmi pada pembangunan Xposed Framework untuk Android Nougat. Modul popular seperti Greenify dan mod audio kini dapat dipasang tanpa anda perlu risau dengan ketiadaan sokongan teknikal melalui Xposed Framework tidak rasmi.

Jadi, apa tunggu lagi? Teruskan flashing!



Powered by Blogger.