Maaf sila aktifkan javascript.

Apple Mengeluarkan Kemaskini iOS 11.1.1 Untuk Baiki Ralat Autocorrect 'A[?]'


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai Apple.
Lama betul tak tulis pasal Apple kan?
Kali terakhir saya tulis masa pakai iPhone 5S dulu. (Rindu pula kat iOS 😞)

Abaikan kesedihan tu, kita sambung tajuk kita iaitu Kemaskini iOS 11.1.1.
Adakah ini ada kaitan dengan jualan mega 11.11? Konspirasi apakah ini? 😝

Hari ini merupakan kemaskini rasmi yang ke-6 sistem operasi iOS 11. iOS 11.1.1 ni mai selepas seminggu setengah iOS 11.1 di keluarkan, kemaskini utama pertama iOS 11. iOS 11.1 memperkenalkan emoji baru dan membaiki beberapa ralat penting.

Kemaskini iOS 11.1.1 boleh dimuat turun secara percuma pada semua peranti menerusi OTA dalam aplikasi Tetapan (Settings) atau melalui iTunes. Untuk proses kemaskini, pergi ke Tetapan>Umum>Kemaskini Perisian (Settings>General>Software Update).

Kemaskini iOS 11.1.1 ini menangani ralat dan isu² yang telah ditemui selepas kemaskini iOS 11.1 dilancarkan. Kemaskini ini membaiki ralat Autocorect yang mengganggu hampir ramai pengguna iOS. Ralat itu menyebabkan "i" menjadi A[?] dan telah menganggu pengguna sejak awal bulan November. 😒

Inilah rupa ralat tersebut.
Kredit gambar, Macrumors.

Apple telah pun menangani ralat Autocorrect ini dalam iOS 11.2 Beta, tetapi ralat tersebut telah merebak kepada lebih ramai pengguna dan bukannya isu yang syarikat itu boleh menunggu untuk menetapkan dengan iOS 11.2. Kemaskini iOS 11.1.1 juga membetulkan ralat yang menyebabkan "Hey Siri" tidak berfungsi. 😎
Kemaskini iOS termasuk baiki ralat untuk iPhone dan iPad, antaranya :
- Baiki ralat papan kekunci Autocorrect.
- Baiki ralat Hey Siri tidak berfungsi.

Kemaskini iOS 11 Apple pertama kali diperkenalkan pada September, membawa pengalaman skrin kunci yang direka bentuk semula, pusat kawalan (Control Panel) boleh diubahsuai, suara Siri lebih semula jadi, App Store yang direka bentuk semula, Codec HEVC dan HEIF yang baru untuk kecekapan gambar dan video yang lebih baik, serta antara muka yang sepenuhnya dirombak untuk iPad. 😉
Powered by Blogger.