Maaf sila aktifkan javascript.

Batch Link Downloader : Pengurus Muat Turun Kelompok Percuma Dari Chrome Store


Penyimpanan data dalam talian sememangnya menjadi trend di masa kini. Ini membuatkan pentingnya untuk memiliki pengurus muat turun yang bagus untuk membantu anda menguruskan pelbagai muat turun yang diperlukan. Tidak dinafikan, ada pelbagai pengurus muat turun di pasaran. Tetapi ini memerlukan pemasangan berasingan. Anda mahukan penggabungan secara terus dengan pelayar web anda. Memiliki dan penggunaan perisian berasingan untuk menguruskan muat turun kadangkala meremehkan.

Fokus artikel pada kali ini adalah untuk muat turun kelompok. Ini selalunya dialami oleh para pelajar yang cuba memuat turun banyak fail dalam masa yang sama. Biasanya, pengguna perlu menekan pautan muat turun satu demi satu untuk memuat turun fail yang dikehendaki. Bayangkan sekiranya anda mahu memuat turun 50 fail sekaligus? Memenatkan bukan?

Di sinilah Batch Link Downloader dapat membantu. Ia membantu mengesan pautan fail yang banyak dalam satu halaman sesawang dan kemudiannya menjumudkannya untuk anda dalam satu senarai. Jadi, anda tak perlu menekan pautan satu per satu untuk memuat turun fail-fail yang banyak ini.

Untuk contoh pada kali ini, saya cuba memuat turun 50 fail sekaligus.


Perhatikan, terdapat 50 pautan yang perlu saya muat turun. Sekiranya saya menggunakan kaedah tradisional, ini akan mengambil masa. Jadi saya menggunakan Batch Link Downloader. Ia boleh didapati di Chrome Store secara PERCUMA sahaja.


Lakukan pemasangan tambahan ini pada pelayar web Chrome anda dan bersedia ke langkah seterusnya.


Setelah pemasangan selesai, ikon Batch Link Downloader akan muncul di bahagian penjuru atas kanan pelayar web anda. Ikonnya berwarna hijau. Klik pada ikon tersebut dan senarai pautan akan muncul dalam tetingkap kotak perisian Batch Link Downloader ini.


Untuk muat turun kali ini, saya cuma mahukan fail .pdf. Jadi, saya klik pada "Add by filename pattern". Pada kotak pilihan, sudah tertulis "*.pdf", jadi Batch Link Downloader akan memilih dan menyenarai semua pautan yang mempunyai fail .pdf sahaja. Sekiranya anda mahukan fail dengan pautan lain, contohnya seperti fail .zip, anda boleh mengubahnya juga. Namakan semula sahaja *.pdf kepada *.zip. Mudah bukan?


50 pautan kepada 50 buku yang saya mahukan sudah tersenarai secara automatik pada Batch Link Downloader. Seterusnya, saya cuma perlu tekan "Start download" sahaja. Sangat mudah sekali berbanding dengan menekan pautan satu persatu dan menunggu halaman muat turun memuat di pelayar web.


Saya ingatkan sekali lagi, ini hanyalah tambahan pada pelayar web Chrome. Ia ringan dan membantu menangkap pautan secara kelompok dan menyenaraikannya dalam satu senarai. Untuk memuat turun, malangnya, anda masih perlu menekan "Save" secara manual pada tetingkap muat turun Chrome.

Satu lagi kelemahan pada tambahan pengurus muat turun ini ialah had muat turun dalam satu masa iaitu cuma 3 muat turun pada satu masa dapat dilakukan. Maknanya, anda cuma boleh melakukan 3 muat turun dan perlu menunggu di depan komputer untuk menekan "Save" pada tetingkap muat turun sehingga habis kesemua fail anda dimuat turun. Kefungsiannya terbatas seiring dengan tahapnya sebagai hanya tambahan pada pelayar web. Tapi ia sememangnya membantu.

Sekian sahaja dari saya buat kali ini. Jangan lupa like, comment dan share artikel ini untuk lebih banyak lagi artikel di masa hadapan.

Pautan : Batch Link Downloader
Powered by Blogger.