Maaf sila aktifkan javascript.

Cara Mengembalikan Tetapan 'Back Up While Charging Only' Pada Google Photos


Dalam banyak-banyak aplikasi Google, saya paling suka dengan Google Photos. Ia amat membantu dalam menjadi simpanan sandaran kepada semua gambar-gambar kenangan yang pernah saya ambil.

Cuma ada satu ciri yang Google telah buang dengan sengaja, iaitu hanya buat salinan sandaran ketika peranti sedang dicaj.

Pilihan ini sedikit sebanyak membantu untuk menjimatkan penggunaan bateri. Tetapi disebabkan kita menggunakan Android, kita masih lagi boleh cuba mendapatkan kembali tetapan tersebut sepertimana yang dipaparkan melalui gambar di bawah, cuma peranti anda perlu root terlebih dahulu.

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah anda harus mempunyai aplikasi pengurus fail yang menyokong fungsi root. Dalam tutorial ini saya menggunakan Solid Explorer.

Kemudian, buka direktori ini:

/data/data/com.google.android.apps.photos/shared_prefs

Buka pula fail ini:

photos.backup.backup_prefs.xml


Cari baris seperti di bawah, dan tukarkan perkataan 'false' kepada 'true'.

<boolean name="backup_prefs_backup_only_when_charging" value="false" />


Simpan fail tersebut. Kemudian pergi ke Settings > Apps > Force Close/Force Stop Google Photos. Sekarang, jika anda buka semula aplikasi Google Photos, anda akan perolehi kembali tetapan 'back up while charging only'.

Selamat mencuba!

Powered by Blogger.