Maaf sila aktifkan javascript.

Kenapa OnePlus Memilih Dash Charge, Tidak Memilih Pengecasan Tanpa Wayar?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai OnePlus.
Banyak pengeluar peranti sudah pun mengikut teknologi terkini iaitu Pengecas Tanpa Wayar.
Tapi kenapa OnePlus tidak ikut dan masih lagi bergantung pada Dash Charge?

CEO OnePlus, Pete Lau menerbitkan satu post di forum syarikat mereka dan mengambil masa untuk membincangkan mengenai port fon kepala 3.5mm dan menjelaskan kenapa mereka masih lagi kekalkan port tersebut. Keputusan ini penting bukan hanya untuk OEM ketika merancang telefon baru, tetapi juga kepada pelanggan.

Jadi kali ini, beliau meneruskan perbincangannya dengan menumpukan pada kenapa OnePlus belum menggunakan teknologi canggih pengecasan tanpa wayar dalam produk mereka. 😞

Encik Pete berhujah bahawa pengecasan berwayar lebih baik dan pengecas tanpa wayar pula tidak membenarkan cas penuh dalam masa lebih singkat. Maksud yang lebih jelas ialah Dash Charge adalah yang terbaik kerana ia lebih cepat, mudah dan serba neka. ehh serba boleh. 😁

Alasan pertama yang Encik Pete ni cakap ialah Dash Charge lebih cepat daripada pengecasan tanpa wayar malah lebih baik kerana pengguna boleh mengurangkan masa untuk mengecas telefon mereka dan memberikan masa yang lama untuk pengguna gunakan telefon mereka. 😖

Betul apa yang dikatakan oleh Encik Pete tu, tetapi pengecasan tanpa wayar ni tidak dimaksudkan untuk menjadi lebih cepat daripada mana² penyelesaian khusus pengecasan tanpa wayar. Ia dimaksudkan untuk digunakan untuk kemudahan seperti meletakkan telefon pada pad pengecasan tanpa wayar tanpa perlu nak cucuk atau cabut apa² kecuali anda cucuk plug dekat pad tu la. 😅

Alasan kedua pula kait rapat dengan alasan pertama, iaitu bagaimana pengguna boleh terus melakukan sesuatu (seperti main permainan, atau menonton video dan bergayut telefon - ini jangan ikut bahaya cakap sambil cas, nanti kebabumbum) semasa mengecas dengan Dash Charge. 😊

Sekali lagi secara teknikalnya benar, tetapi ia menganggap seseorang itu perlu menggunakan telefon mereka selama 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Memang ramai pengguna produk OnePlus menggunakan telefon mereka lebih daripada purata pengguna, tetapi pengecasan tanpa wayar ni membolehkan pengecasan sekejap yang pendek tetapi kerap. 😌

Beliau juga mengatakan untuk memberi tumpuan kepada keperluan untuk membeli pad, case, meja dan lampu untuk menikmati pengecasan tanpa wayar. (biar benar Pete? hahaha) OnePlus mengawal bahan binaan yang digunakan oleh peranti mereka dan logam yang tidak berfungsi dengan baik dengan pengecas induktif. Sebab itulah OnePlus terpaksa meletakkan pembaca NFC pada OnePlus 5 berhampiran dengan tempat yang tidak dilindungi oleh logam, iaitu kamera belakang. 😉

Apa pendapat ampa? Komen di bawah ye?

Penat membaca? Nah layan video ni hahaha 😜
Powered by Blogger.