Maaf sila aktifkan javascript.

PicoTorrent: 'uTorrent' Versi Percuma, Tanpa Iklan, Berprestasi Tinggi Dan Rendah Penggunaan Memori


Pernah tak anda terfikir untuk mempunyai aplikasi klien bittorrent yang ringan kepada sistem, ringkas pada paparan antaramuka, serta hanya mempunyai ciri-ciri yang anda gunakan sahaja?

Dahulu uTorrent ada kesemua yang tersebut, sehinggalah mereka mula memasukkan pelbagai ciri yang tidak perlu, kepadalah iklan-iklan yang menyesakkan pandangan mata. Jika anda hendak membuang iklan tersebut, memang boleh gunakan Pimp My uTorrent, tetapi ia tidak dapat lari dari hakikat bahawa di dalamnya terdapat bermacam-macam 'bloat', kemungkinan spyware, dan pastinya adware.

Dari saiz 1MB, uTorrent kini sudah bersaiz 'bagak'. Oleh itu, alternatif perlu dicari dan nampaknya PicoTorrent ada ciri-ciri yang diingini.

Sebelum ini kami pernah tulis beberapa klien alternatif seperti qBittorrent, Tixati, Tribler, Halite, WebTorrent Desktop, Bitlord, Deluge, Transmission, BiglyBT, dan beberapa lagi klien yang sememangnya jauh lebih baik dari uTorrent.

Tetapi kebanyakan dari ciri yang dimuatkan tidak digunakan sepenuhnya. PicoTorrent telah memenuhi kehendak pengguna dengan hanya menjadi apa yang sepatutnya ia jadi, iaitu klien torrent yang memuat turun fail-fail torrent dengan laju, tanpa 'bloat', tanpa adware, spyware, tupperware.


Lihat sahaja paparannya. Tidak ubah seperti aplikasi Windows natif yang lain. Tidak terasa seperti anda telah memasang aplikasi 'alien' yang berupa lain wajah.

Ia menyokong penggunaan fail torrent yang telah dimuat turun, dan juga pautan magnet. Anda yang sudah biasa menggunakan mana-mana aplikasi pemuat turun torrent lain pastinya akan dapat terus memahami PicoTorrent kerana ia memaparkan apa 'yang perlu' sahaja.

Tidak kurang juga saiznya hanyalah sekitar 2MB untuk sistem operasi 32-bit dan 3MB untuk 64-bit. Saiz kecil, serta penggunaan memorinya adalah rendah, tidak membebankan Windows. Oh ya, sebelum terlupa, PicoTorrent hanya terdapat untuk Windows sahaja.


Tetapan juga tidak banyak yang perlu diubah. Jika anda pasang dan terus gunakan pun tiada masalah. Pendek kata ringkas-seringkas-ringkasnya aplikasi ini. Ia memang dicipta bertujuan untuk terus kepada hala tujunya, atau orang putih kata straight to the point.

Ia mungkin tidak sesuai untuk anda yang jenis suka banyak tetapan, suka mengubah tema pada paparan antaramukanya, dan juga suka pelbagai lagi ciri lain. Ia hanya sesuai untuk orang yang seperti saya, hanya mahukan aplikasi torrent yang berkesan, berfungsi terus, atau sekali lagi orang putih kata 'just works'.

Anda boleh muat turun PicoTorrent di sini: PicoTorrent
Powered by Blogger.