22 July 2016

Apresiasi Kepada TheLanVPN


Bismillah ir-Rahman ir-Rahim.
As-salamu 'alaikum wa-rahmatullahi ta'ala wa-barakatuh.
seperti yang kita sedia maklum, TheLanVPN - VPN buatan anak tempatan yang mula mendapat tempat di hati kita semua.







Artikel perjalanan TheLanVPN boleh baca di sini - sini - sini - sini.

Artikel kali ini cukup ringkas. Sekadar untuk menunjukkan rasa apresiasi saya kepada developer team TheLanVPN - dengan membangunkan (well, reverse engineer je. Bukan built from scratch.) sebuah perisian untuk pengguna TheLanVPN.

Pengguna boleh memuat turun aplikasi ini di sini. Segera dapatkannya.

Sekian dulu dari saya.

Sign out,
MiM.

21 July 2016

Mobdro : Layan Strim Video Dari Seluruh Dunia Ala 'Astro' Secara Percuma


Seringkali pengguna diperkenalkan dengan Kodi (yang dahulunya dikenali dengan nama XBMC) untuk melayan penstriman video secara percuma. Namun tidak dapat tidak harus diakui, paparan antaramuka pengguna Kodi agak 'menakutkan' (intimidating) serta terlebih rumit (over-complicated) bagi pengguna baharu (newbies).

Jadi, sebagai penyelesaian, saya perkenalkan kepada anda, Mobdro, sebuah aplikasi atau klien penstriman video yang membolehkan anda menonton siaran-siaran televisyen secara strim dari seluruh dunia - secara percuma, percuma, percuma (bunyi bergaung).


Apa Ciri dan Kelebihan Aplikasi Ini?

Paling penting senang digunakan (noob proof)! Anda yang dah lama follow blog ini tahulah bagaimana saya sedaya-upaya cuma untuk membantu para newbies di luar sana untuk masuk ke dalam dunia IT.


Ada bermacam kategori, dan dari kategori terbahagi pula kepada beratus saluran! Dari beratus saluran yang anda hanya termampu untuk layan dua-tiga sahaja itu, ada pelbagai pula pilihan genre. Haih, pendek cerita, tak terlayan melainkan anda pencen awal! Heheh.


Selain itu, dari pemerhatian saya, anda cuma memerlukan kelajuan sederhana, lebih kurang hanya 4Mbps sahaja untuk menggunakan aplikasi ini dan strim tanpa buffering (istilah Melayu dia apa haa?).

Paling penting data anda haruslah unlimited. Setidak-tidaknya, anda gunakan pelan U Mobile P98, 30GB kuota data sebulan. Pun begitu, jika anda cuma layan satu filem sahaja, saya dapati ia tidak banyak menggunakan bandwidth. Memang berbaloi-baloi!

Muat turun : Mobdro - All the web's free video streams on your Android device

Nota kaki : Lupa hendak maklumkan, yang aplikasi ini hanya ada untuk platform Android sahaja. Tidak pasti lagi sama ada ia akan ada juga untuk platform atau sistem operasi yang lain. Nantilah kalau rajin abam pm dev app ni okeh.

18 July 2016

100GB! Siapa nak bagi?








 
Bismillah ir-Rahman ir-Rahim.
As-salamu 'alaikum wa-rahmatullahi ta'ala wa-barakatuh.
Rasanya cukup lama tak menyumbang artikel bermanfaat di blog ini. Kali ini saya akan kongsi kan kepada anda semua sesuatu yang menarik - storan awan.

Ramai yang pasti sedar kepentingan storan awan, yang mana storan di peranti kita semua kadang kala tak cukup, ya lah, dah penuh dengan video dan lebih-lebih lagi di suasana hari raya ni. Kalau boleh gambar jalan raya, lalang, sampul duit raya di jalanan pun kita rasa menarik nak tangkap. Tu belum masuk lagi gambar awek sebelah rumah, video korang terkinja-kinja hype macam beruk. Eh.

Tak nak cerita banyak, jom kita sama-sama semak storan awan yang satu ini - degoo.com. Didatangkan dengan saiz lalai 100gb, anda boleh menaik taraf storan anda lebih besar dengan harga yang agak berpatutan.

Kelebihan:

Selamat - Fail anda selamat disimpan di dalam storan dengan enkripsi military grade sebelum fail anda di muat naik ke awan.
Boleh dipercayai - Setiap fail anda disalin sebanyak tiga kali bagi memudahkan anda mengakses fail di mana sahaja dan setiap masa anda memerlukannya.
Automatik - Setiap kali anda mengambil gambar atau menyimpan fail ke dalam peranti anda, salinan ke awan akan dijalankan tanpa pengawasan anda. Anda tidak perlu lagi berfikir untuk menyalin fail anda.
Sentiasa online - Anda boleh mengembalikan semula fail anda di peranti anda atau di komputer mahupun komputer riba anda, bila-bila masa, di penjuru dunia mana pun anda berada (psst, kena ada sambungan Internet, tau?).

Kekurangan:

Buat masa ini, belum saya temui. Mungkin paparan yang ringkas kurang menarik bagi advanced user yang suka godek-godek. Untuk keluaran versi sekarang, Deego cuma membenarkan pengguna memuat naik fail jenis folder. Setiap fail di dalam parent folder akan disimpan ke dalam storan. Jika anda ingin memuat naik sesuatu fail ke storan, anda harus mengasingkannya dahulu ke dalam folder lain. Mungkin kekurangan ini akan diperbaiki pada masa akan datang(*).
 
Dengan paparan antaramuka yang sangat mudah, percayalah, anda tidak akan tersesat apabila anda berjalan-jalan di dalamnya.

Sekian sahaja untuk kali ini. Bi-iznillahi ta'ala, kalau ada berita yang menarik lagi, akan saya kongsi kan kepada anda semua.

Klik pada pautan ini untuk mendapatkan 100gb percuma dari Degoo.

(*)Update terbaru selepas menggunakan aplikasi ini.

Sign out, 
MiM.




14 July 2016

Muat Turun Suara Yuna Untuk Pemanduan Bersama Waze


Auuummmmmm..

Boleh tak abam nak buat intro gitu? Hehe.


Kalau sebelum ini, Waze pernah mendatangkan panduan suara penyanyi T-Pain, yang mana sampai sekarang abam tak pernah dengar lagi lagu beliau, terkini Waze membawakan pula suara Yunalis Zarai, penyanyi dari Malaysia yang abam tahu lah juga satu-dua-tiga lagu-lagu beliau.

Nah, anda lihat dahulu pembikinannya melalui video berikut.


Anda boleh tukar kepada suara Yuna melalui tetapan Waze di  Settings -> Sound -> Navigation guidance - Aummm.. ehhh, English (UK) - Yuna.




Lokasi Tajaan Akan Hadir Untuk Pokémon GO


Walaupun masih belum dilancarkan secara rasmi untuk Malaysia, dan ada ura-ura sekatan akaun/peranti untuk yang mencuba melalui apk, tetapi 'ini Malaysia', tak langsi kalau tak langgar. Hehe.


Pokémon GO telah menjadi suatu fenomena, baik yang mengikuti kartunnya dulu mahupun yang secara tiba-tiba menyertai gelombang yang hadir. Buat masa ini kebanyakan PokéStops dan gym berada di tempat biasa iaitu taman-taman, bangunan-bangunan dan lain-lain tempat biasa dikunjungi manusia.

Namun selepas ini Niantic akan membuka peluang kepada mana-mana peniaga yang hendak menjadi penaja kepada PokéStops/gym dengan membayar kepada Niantic sejumlah yuran tertentu dan sekaligus menjadikan tempat perniagaan mereka lebih 'meriah' dengan kehadiran para pemain Pokémon GO.


Apa yang pasti sebuah PokéStops yang ditaja hanya akan mempunyai item-item ketika ia aktif sahaja. Sebaik ia luput, maka tiada apa lagi yang akan ada di situ melainkan ditentukan sepenuhnya oleh Niantic.

Sumber : Engadget


13 July 2016

Jutaan Peranti Xiaomi Terdedah Kepada Bahaya Penggodaman Kawalan Jarak Jauh


Laporan dari David Kaplan (kredit kepada beliau), salah seorang dari IBM X-Force Application Security Research Team, telah mendapati bahawa terdapat kerentanan pada peranti Xiaomi yang menggunakan MIUI, terdedah kepada bahaya penggodaman jarak jauh (Remote Code Execution - RCE).


Saya quote sedikit dari laman tersebut:
The vulnerability we discovered allows for a man-in-the-middle (MitM) attacker to execute arbitrary code as the highly privileged Android system user. It has been remediated by Xiaomi from MIUI Global Stable version 7.2, and IBM strongly recommended that users update their firmware as soon as possible to ensure they are not vulnerable.
Kerentanan tersebut akan membenarkan para penggodam untuk mendapat akses penuh kepada peranti melalui rangkaian-rangkaian yang membantu seperti Wi-Fi percuma, dan mereka boleh memasang malware kepada peranti tersebut serta memanipulasi peranti yang telah digodam.


Menurut laporan dari para pengkaji itu lagi, mereka telah mendapati bahawa terdapat sekurang-kurangnya 4 aplikasi yang telah pun terdedah kepada bahaya kerentanan ini, dan salah satunya ialah pelayar web. Ambil perhatian bahawa kesemua 4 aplikasi tersebut adalah merupakan aplikasi yang disediakan oleh Xiaomi sendiri.

Untuk mencegah kerentanan ini dari peranti anda masing-masing, pengguna disarankan supaya mengemaskini versi sistem operasi/firmware kepada versi 7.2 yang mana ia telah pun ditampal oleh pembangun (patched).


12 July 2016

TheLan VPN Dilancarkan : Dapatkan Kod Promosi Dengan Diskaun 50%


Amacam gais? Puas dah beraya?

Abam belum puas lagi, tapi disebabkan TheLan VPN dah pun dilancarkan, maka dengan ini abam nak mengumumkan bahawa anda selaku para pengguna tegar versi demo, kini dah boleh melanggan pelan versi Core dan Pro dengan lebih murah menggunakan kod promo di bawah ini!
TH3L4NVPN16
Sebanyak 50% diskaun akan diberikan kepada 300 orang pelanggan pertama yang berjaya menuntut dan menggunakan kod promo ini, jadi silalah jangan tunggu dan berlengah lagi!


Berikut adalah pelan TheLan VPN yang telah diperbaharui:


Buat para pengguna akan demo sebelum ini, anda akan 'dianugerahkan' naik taraf ke akaun TheLanVPN Core manakala pengguna akaun 'belon' pula akan dinaik taraf kepada akaun TheLanVPN Pro secara percuma untuk satu bulan.


Buat sementara waktu ini, hanyak sistem operasi Windows sahaja yang mempunyai klien manakala Android, iOS dan Linux kena menunggu terlebih dahulu. Anda boleh menggunakan config yang disediakan untuk digunakan dengan Network Manager/Terminal pada Linux atau aplikasi OpenVPN pada Android.

Setakat ini, beza antara pakej/pelan Core dan Pro ialah penambahan ciri port forwarding, TheLan DNS, dan juga akaun premium ZbigZ. Amat-amat berbaloi.

Langgan TheLan VPN sekarang! Klik pada banner di bawah!

 TheLan VPN